..

..

VIDEO TERKINI BOTAK HILL SEDANG DIMUSNAHKAN , APA SUDAH JADI ?

on Tuesday, April 4, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments







Melihat kepada video terkini Botak Hill yang didedahkan oleh blogger Anil Netto yang diterokai dan kawasannya kini sudah ditarah ,  apakah ini merupakan antara punca banjir kilat baru-baru ini di kawasan sekitar Farlim , Sungai Ara , Padang Brown ? 


Jika bukit sudah tiada tempat takungan akibat ditarah dan ditebang pokok  , tentunya air lumpur dari bukit ini akan mengalir ke kawasan tendah dan mengakibatkan banjir. 

Bagaimana MBPP dan Pejabat Tanah & Daerah   boleh meluluskan kebenaran untuk menerokai dan melakukan kerja tanah di kawasan ini ? 

Ternyata kerajaan DAP hanya janji kosong melaungkan Love Penang dan Cleaner Greener sebaliknya mereka lah yang rakus merosakkan alam sekitar yang boleh membawa bencana kepada rakyat !







sinar harian 
26 SEPTEMBER 2014

GEORGETOWN - Walaupun kerajaan negeri didapati memberi tempoh masa yang secukupnya kepada pemaju untuk memulihkan kawasan pembangunan di Bukit Gambir yang lebih dikenali sebagai isu bukit botak, namun didapati tidak ada tindakan susulan pihak pemaju dalam melakukan usaha pemuliharan kawasan berkenaan.

Susulan itu, Penasihat Penang Citizens’ Awareness Chant Group (Chant), YC Lee meminta kerajaan negeri memaklumkan apakah tindakan susulan berikutan tempoh diberikan sudah tamat.

Katanya, pemaju didapati seolah-olah tidak ada usaha untuk memulihara kawasan yang digondolkan itu.

Menurutnya, kumpulan itu tidak menentang pembangunan di negeri ini tetapi bimbang dengan pembangunan yang tidak mampan boleh menjejaskan status Pulau Pinang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

“Chow Kon Yeow selaku  Exco Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir memberi tempoh masa kepada pemaju seharusnya menjejaskan apakah status dari pemaju, namun  tinjauan kami mendapati bukit itu seolah-olah digondol dengan lebih luas,” katanya pada sidang media, semalam.

YC Lee berkata, sekiranya pemaju tidak mematuhi arahan kerajaan negeri, maka pemaju patut dikenakan tindakan lebih tegas sehingga membatalkan kelulusan membuat pembangunan di kawasan berkenaan.

“Sekiranya, tindakan tegas diambil, maka kegiatan menggondol bukit akan menjejaskan imej Pulau Pinang di peringkat antarabangsa kerana gagal mengawal pembangunan yang tidak mampan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, dia juga meminta penjelasan kerajaan negeri berhubung status pemilik bangunan, Tetuan Runneymede Hotels Sdn Bhd yang diberi notis berwajib demi memulihara semula enam blok bangunan warisan bersejarah di No 40 Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, yang pernah dijadikan markas British Navy pada era Perang Dunia Kedua 1940-an dulu.

"Walaupun, tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengeluarkan notis tersebut berdasarkan Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 83, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, namun tiada tindakan bagi membaiki kebocoran oleh pemilik.



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.