..

..

UMNO AKAN USUL SIDANG DUN DESAK GUAN ENG LETAK JAWATAN KETUA MENTERI

on Wednesday, April 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan Media

Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO 
Negeri Pulau Pinang

Isnin, 10 April 2017

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan akan membentangkan Usul di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mei ini bagi 'mengecam' ucapan perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Parlimen baru-baru ini. Ketua Menteri Pulau Pinang akan tetap membawa usul itu walau apa pun penjelasan yang telah diberikan oleh Ahli Parlimen berkenaan.

UMNO Pulau Pinang berpandangan hasrat YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ini hanyalah satu tindakan ‘membalas dendam’ terhadap YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor kerana sakit hati berikutan pendedahan oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen tahun lalu mengenai pembelian satu hartanah di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang. Rentetan dari pendedahan di Parlimen oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, Ketua Menteri Pulau Pinang telah didakwa di Mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan kes sedang menanti perbicaraan bermula. 

UMNO Pulau Pinang sekali lagi mengulangi desakan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk bercuti atau melepaskan jawatan Ketua Menteri yang disandang beliau sehinggalah perbicaraan kes rasuah beliau di Mahkamah selesai. Kedegilan atau keengganan beliau melepaskan jawatan atau bercuti mencemar kewibawaan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bilamana dia dituduh melakukan rasuah. Saksi-saksi kes terutamanya pegawai-pegawai kerajaan akan serba salah dan rasa tertekan sekiranya mereka dipanggil untuk memberi keterangan terhadap seorang Ketua Menteri yang masih atau sedang memegang jawatan. Jadual perbicaraan kes yang panjang juga akan mengganggu pelaksanaan tugas harian Ketua Menteri dan berkemungkinan merencat perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu UMNO Pulau Pinang telah memutuskan dan meminta YB Ketua Pembangkang, untuk membawa satu Usul bagi mendesak peletakan jawatan Ketua Menteri di Sidang DUN Pulau Pinang yang dijadualkan bermula sidang pada 19hb Mei ini. 

Terima kasih.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.