..

..

TINDAKAN NGO CINA DESAK SHAHBUDIN LETAK JAWATAN BERMOTIF POLITIK ?

on Friday, April 28, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








Kekeliruan yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang disentuh oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya dalam perbahasannya di Dewan Rakyat baru-baru ini nampaknya masih lagi menjadi bahan kepada pihak tertentu untuk mengecam pemimpin tersebut.

Dilaporkan sebanyak 183 pertubuhan cina dan NGO telah tampil mengecam pemimpin tersebut seterusnya bertindak menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri untuk mendesak agar Ahli Parlimen itu dikenakan tindakan disiplin.

Menurut laporan Oriental Daily, 3 daripada 183 pertubuhan itu ialah badan bukan kerajaan (NGO) tidak berasaskan kaum Cina, iaitu Jihad For Justice, Challenger Malaysia dan National Indian Rights Action Team (Niat).

Ketua Wanita FCAM, Ng Geok Chee yang dipetik akhbar itu berkata, memorandum berkenaan mengandungi 3 tuntutan iaitu Shabudin perlu memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi, mengambil tindakan disiplin dan memecat Shabudin serta tidak memilih calon mengabaikan kepentingan wanita dan kanak-kanak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kami mahu Shabudin memohon maaf tanpa syarat. Dia tidak sepatutnya bersembunyi di sebalik agama dan menggunakan pelbagai alasan untuk lari daripada tanggungjawabnya,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Politik perdana menteri, Datuk Wong Nai Chee, semalam.

Shabudin sebelum ini berkata, perkahwinan antara mangsa rogol dan perogol mungkin menjadi penyelesaian kepada masalah sosial dan walaupun rogol adalah jenayah, undang-undang tidak menghalang mangsa berkahwin dengan perogolnya.

Bagaimanapun kenyataan beliau telah dilaporkan secara tidak tepat oleh media sehingga membangkitkan kemarahan pihak-pihak diluar yang tidak memahami konteks ucapan beliau yang merujuk kepada PERKARA 8 dan 18 ENAKMEN KELUARGA ISLAM.



Walau bagaimanapun tindakan badan NGO yang dikepalai oleh Ng Geok Chee tersebut telah membangkitkan beberapa persoalan yang pastinya mengundang tanda tanya.

1.Apakah tindakan Ng Geok Chee dan NGO tersebut dilakukan atas dasar sedar dan memahami konteks ucapan yang dibuat oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Rakyat baru-baru ini atau ianya sekadar merujuk kepada laporan mengelirukan media tertentu ?

2.Adakah Ng Geok Chee dan NGO terbabit sedar tindakan mereka itu sebenarnya sudah pun mencabar kedaulatan Islam apabila mempertikaikan perkara 8 dan 18 enakmen keluarga Islam ?

3.Tahukah Ng Geok Chee dan NGO terbabit atas dasar bertanggungjawablah maka Ahli Parlimen Tasek Gelugor bangun menolak usul mengharamkan perkahwinan bawah umur memandangkan orang Islam termaktub di bawah perkara 8 dan 18 enakmen keluarga Islam yang membolehkan mereka berkahwin di awal usia 9 tahun dengan syarat-syarat tertentu ?

4.Sedarkah Ng Geok Chee dan NGO tersebut tindakan mendesak mereka itu secara tidak langsung sudah boleh dianggap sebagai  MENENTANG dan CAMPURTANGAN dalam HUKUM ISLAM dan ianya sudah pun mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam itu dikedudukan tertinggi ?

5.Timbul tanda tanya apakah tindakan NGO tersebut didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang punya kepentingan politik ?

Kegagalan Ng Geok Chee dan NGO terlibat menjawab persoalan yang dibangkitkan hanya akan menjadikan tindakan mereka dilihat sebagai dangkal dan bermotifkan dendam politik semata-mata.



KOMEN GPB

Tindakan NGO diketuai Ng Geok Chee sebenarnya bukan sahaja menampakkan  bermotif politik  tetapi juga  telah  mencampuri urusan Agama Islam dan mencabar kedaulatan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Sudah reda isu ini tetapi dihangatkan semula jelas menampakkan ada agenda politik disebalik semua ini .  

Siapa  Ng Geok Chee  ? Beliau  adalah ahli di dalam BAR Council yang pro pembangkang . Jadi tindakan dangkal seperti ini tentunya   tidak boleh lari dari motif politik !!





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.