..

..

TAIKUN PEMAJU KAWAN BAIK KETUA MENTERI DITAHAN SPRM

on Thursday, April 13, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dato Seri Khor Teng Tong pemilik Hunza Land dan dipercayai kawan baik Guan Eng telah dicekup SPRM semalam.

Turut ditahan sama adalah anaknya untuk membantu siasatan kerana kedua-dua suspek tersebut dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka.

Mereka berdua dikatakan terbabit menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

Perbuatan itu telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.




Tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac 2017 kerana menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Syarikat Hunza Land yang berpangkalan di Georgetown itu didapati telah membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah.

Semalam ADUN Tanjung Bungah telah desak Guan Eng letak jawatan.

Mungkin ADUN itu tahu selepas Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk ini ditangkap akan menjejaskan lagi imej intergriti kerajaan DAP ?


One Response

  1. Anonymous says:

    Rakyat Penang wajib tolak Dap dlm pru akan datang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.