..

..

SOKONG GST: AKHIRNYA PAKATAN JILAT LUDAH BALIK

on Monday, April 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebelum ini BR1M mereka tuduh dedak dan rasuah , kini GST cukai rakus zalim pulak mereka terpaksa jilat ludah balik.

Kepada macai pembangkang,  sila tanggalkan sticker di cermin kereta bantah GST rakus zalim tu sebab hari ini  pemimpin anda sendiri telah mengaku selama ini mereka hanya menipu membantah GST .

Jadi lepas ni  tak payah lagi korang nak tuduh GST zalim . Mana yang dok pi maki hamun dan troll Datuk Ahmad Maslan dan keluarganya dahulu pasal GST , sebelum malaikat datang cabut nyawa pergi la minta maaf dulu sebelum terlambat.

Sebab pemimpin pembangkang akui GST sebagai penyelamat ekonomi negara
************



PH TIDAK AKAN MANSUH GST ANDAI TAWAN PUTRAJAYA

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian tidak akan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Sebaliknya Nurul Izzah berkata PH akan meneruskan cukai itu dengan menurunkan kadar peratusan semasa yang dianggap tinggi dan membebankan rakyat.

“Kami sedar dengan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita (PH) tidak akan mengenakan peratusan yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap dalam ceramah anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Keputusan tersebut jelas bertentangan dengan pendirian beberapa pemimpin utama pembangkang sebelum ini yang mendesak Putrajaya menghapuskan cukai berkenaan.

Awal Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang berkata bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika berjaya memerintah Kerajaan Persekutuan.

Selain Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamed, pada majlis pelancaran partinya, juga awal tahun ini, mengisytiharkan akan memansuhkan GST secara beransur-ansur dan diganti dengan cukai jualan “mengikut kehendak rakyat” seandainya pembangkang memenangi pilihan raya umum ini.

Malah PH telah menganjurkan perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur, April lalu sebagai protes terhadap pelaksanaan cukai berkenaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.