..

..

SALAH TAFSIR & TAK FAHAM BAHASA MELAYU TAK PAYAH LA JADI WARTAWAN PARLIMEN

on Wednesday, April 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Masalah dan kontroversi ini sebenarnya punca dari  wartawan The Star Online yang tak faham Bahasa Malaysia . 

Bila tak reti dan faham orang berbahas di Parlimen cakap dalam bahasa kebangsaan, mula lah buat cerita BODOH .

Siapa lah Editor ini ??  Hang pa pilih wartawan atas dasar apa kelayakan ?

Tak faham bahasa Melayu tak payah datang cover Parlimen !!!





SEKS DENGAN GADIS BAWAH UMUR, ROGOL DAN SALAH TAFSIR PEMBERITA 


 Apa yang Y.B Shabudin Bin Yahaya (Tasek Gelugor) nyatakan ialah perkahwinan akibat penzinaan dengan pasangan wanita bawah umur. Common Law mengklasifikasikan kes penzinaan (seks suka sama suka) membabitkan gadis bawah 16 tahun adalah kes rogol - "Statutory rape".

 Dalam undang-undang Islam, hubungan seks suka sama suka antara pasangan yang akil baligh adalah penzinaan. Tidak ada istilah "statutory rape".

 Jelas dalam Penyata Parlimen, beliau membincangkan soal kes "Statutory rape" berdasarkan suka sama suka yang berakhir dengan perkahwinan bawah umur. 

 Malah beliau dengan jelas menyatakan perkahwinan tersebut tidak menyebabkan pelaku dikecualikan daripada tindakan undang-undang sedia ada. 

 Datang pemberita ini, memetik di luar konteks menyatakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor sokong perkahwinan antara mangsa dan perogol. 

 Masalah dengan pemberita bukan Islam ialah mereka melihat dari neraca liberalis barat semata-mata.  
Lebih teruk sebahagian pemberita bukan Melayu (bukan semua) di negara ini, terutama yang bekerja di Malaysiakini dan akhbar berbahasa Cina, mempunyai pengetahuan undang-undang yang sangat terhad dan tidak melalui sistem pendidikan kebangsaan untuk memahami sosio budaya masyarakat negara ini. 

 Malah ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu dengan baik menyebabkan mereka sering tersalah tafsir kenyataan dalam bahasa Melayu, Lalu jadilah seperti peristiwa hari ini, seorang bekas Hakim Mahkahmah Syariah dituduh membela perogol. 

Abd Jalil Backer 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bab ni sy sokong 100 percent. Patut saman je reporter tu.

  2. Anonymous says:

    Itu sebab bebal pun cina...lahir di malaysia, sepatah pun tak reti bahasa melayu... yg melayu pembangkang serta penyokong Melayu pun men iya apa yang repoter tulis...?? maka jadi lah pembawa fitnah...termasuk la jika ada ustaz atau ulamak yang men iyakan apa yang reporter tulisss.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.