..

..

PEMUDA UMNO KESAL KENYATAAN SHAHBUDIN JADI MODAL POLITIK PEMBANGKANG

on Saturday, April 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





TASEK GELUGOR - Jangan jadikan isu ini sebagai modal politik, sebaliknya fahami dan dengar sampai habis tentang apa yang dibahaskan.

Ini jelas Ketua Pemuda Umno Tasek Gelugor mengenai tindak tanduk sesetengah pihak termasuk pembangkang yang menghentam Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mengenai kenyataan di Parlimen semalam.

Mohd Nashrol Hisham Abdullah berkata, kenyataan tersebut telah disalahertikan oleh sesetengah pihak.

"Apa yang menjadi isunya di sini, terdapat laporan daripada pihak tertentu yang hanya mengambil point tertentu dalam perbahasan yang disampaikan Datuk Shabudin, sedangkan pada hakikatnya itu bukan menggambarkan keseluruhan ucapan beliau.

"Dan lebih kesal lagi apabila ada sesetengah pihak terutamanya pihak pembangkan menjadikan perkara ini sebagai modal politik mereka dan pada saya perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana jelas sekali apa yang diperkatakan itu tidak menggambarkan apa yang sepatutnya," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pihaknya di peringkat Pemuda akan turun ke setiap cawangan bagi menerangkan tentang perkara sebenarnya kepada orang ramai.

"Perkara ini harus difahami dan diperjelaskan dan di peringkat Pemuda kita sedia untuk turun menerangkan keadaan sebenar yang berlaku di peringkat cawangan.

"Semua perlu faham isu pokoknya, bukan sekadar memetik sesetengah ayat dan itu dijadikan sebagai alat atau modal untuk menghentam beliau, pada saya ianya amat tidak wajar, malahan ada diantara pemimpin pembangkang turut memuat naik status kecaman terhadap isu ini sedangkan ianya jika tidak seperti apa yang diungkapkan itu," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat kenyataan berhubung perkahwinan antara perogol dan kanak-kanak mangsa rogol di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan beliau kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi bukan sahaja di kalangan ahli parlimen.

Namun Shabudin mendakwa, kenyataannya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dilaporkan tidak tepat.

Menerusi satu kenyataan semalam, Shabudin meluahkan rasa kecewa mengenai laporan media  yang menggambarkan seolah-olah beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.