..

..

PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS UGUTAN ROGOL ANAK AHLI PARLIMEN TASEK GELUGOR

on Saturday, April 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor di ketuai Saudara Nashrul Hisham Abdullah hari ini tampil membuat laporan polis berikutan satu komen berunsur ugutan , hasutan dan hinaan terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahaya di laman facebook milik seorang individu bernama Said Shuaib Bakar. 

 Komen yang dilakukan oleh seorang pemilik akaun facebook bernama Mark Kie terhadap status yang dimuat naik oleh Said Shuaib Bakar berkaitan himpunan haram wakil-wakil parti pembangkang di Komplek Komersial Tasek Gelugor petang semalam itu jelas mempunyai unsur-unsur ugutan yang boleh mengancam keselamatan keluarga Ahli Parlimen Tasek Gelugor. 

 Dalam komen tersebut pemilik akaun facebook bernama Mark Kie telah memuatnaik komen yang mengatakan "Sapa2 nak nikah pree ... pi rogol anak sabudin ... kikikiki" yang dilihat mempunyai unsur ugutan dan hasutan melampau.

 Selain dari itu pemilik akaun facebook terbabit turut memuatnaik gambar karikatur yang cukup keterlaluan dan berunsur penghinaan yang telah diedit dengan meletakkan wajah YB Datuk Shabudin dengan kata-kata dan aksi lucah. 

 Nashrul Hisham dalam kenyataannya selepas laporan polis dibuat berkata Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor melihat isu membabitkan penghinaan dan ugutan ini adalah satu perkara yang serius. 

 "Kita boleh berpolitik tetapi biarlah politik yang tidak menghina keperibadian mana-mana individu apatah lagi dalam situasi ini ianya bukan sahaja menghina tetapi juga mengancam keselamatan khususnya anak kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor"

 "Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor menggesa pihak SKMM dan Polis untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun facebook terbabit kerana ianya jelas disengajakan dan beliau perlu bertanggungjawab". 


 Sebelum itu Nashrul Hisham turut berpesan kepada semua pihak supaya bertenang dan jangan mengikut emosi dalam membuat komen-komen khususnya di media sosial kerana satu kesilapan seperti ini bakal membawa padah.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Kenapa tuan punya badan tak buat lapuran sendiri..Kita tunggu reaksi polis pulak...terus buat siasatan atau tunggu lapuran daripada mangsa dahulu sepertimana kes2 lain.

  2. biaq dia rasa dok dalam....

  3. Anonymous says:

    Tindakan bodoh utk mengeruhkan keadaan.

  4. Anonymous says:

    Mamat ni tak faham hujung pangkal tapi buat ugutan dan hasutan. Diupah oleh pihak2 tertentu ke?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.