..

..

MUFTI SETUJU SARANAN SHAHBUDIN

on Monday, April 10, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


8 APRIL: Semua pihak harus memahami konteks sebenar yang dibahaskan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya di Dewan Rakyat pada 4 April lalu berhubung perkahwinan antara perogol dan mangsa.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan bahawa terdapat perbezaan ketara antara kesalahan merogol dan perkahwinan antara kedua-dua individu tersebut.

“Ya memang benar tiada siapa yang inginkan anak mereka berkahwin dengan perogol, tapi jika keadannya sudah berlaku sehingga mangsa mengandung, apa yang harus dilakukan?

“Namun, macam mana keadaan sekalipun perogol perlu dihukum mengikut apa yang telah ditetapkan oleh sistem perundangan. Soal perkahwinan itu soal lain,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Terdahulu, Shabudin ketika membahaskan Pindaan Rang Undang-Undang Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap kanak-kanak 2017  dilaporkan berkata tidak kesalahan bagi manga berkahwin dengan perogolnya supaya dia mangsa tidak melalui masa depan yang gelap.

Kenyataan beliau itu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan ahli parlimen pembangkang serta salah faham dikalangan pengamal media dan netizen di media sosial.

Sementara itu, Shukri turut mengingatkan kepada semua pihak bahawa saranan oleh Shabudin itu adalah berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Hakim Mahkamah Syariah.

“Status anak luar nikah itu adalah soal kedua. tapi apakah caranya untuk kita selesaikan masalah?.

“Sama ada nak gugurkan kandungan, tetap berdosa. Jadi jika perogol mengahwini si mangsa selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua belah pihak, bukankah itu yang terbaik?” soalnya lagi.

Bagaimanapun, Shukri menggesa semua pihak meneliti semula saranan oleh Shabudin itu jika ianya merupakan jalan penyelesaian terbaik.


http://www.penangonline.net/2017/04/setuju-saranan-shabudin-mufti-kelantan.html

🌐 Penang Online
http://www.penangonline.net


One Response

  1. Anonymous says:

    Sahbudin tak salah. Yg salah DAP dan media yg hanya mahu putar belit untuk political mileage.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.