..

..

Mahsuh GST adalah penipuan menggila pembangkang

on Tuesday, April 25, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



2 April 2016, puak pembangkang sanggup ganggu ketenteraman awam menganjurkan demonstrasi membantah GST dari Sogo ke Dataran Merdeka.

Nurul Izzah, Naib Presiden PKR hadir sama dengan memakai baju "Undur Najib, Mansuhkan GST". Dalam ucapan ketika demo itu, Nurul Izzah berkata "kita mahu dana rakyat dikembalikan, GST dimansuhkan" SelangorKini melaporkan ayat Nurul Izzah ini.

Kononnya GST ini mencuri duit dari rakyat pada anggapan puak puak pembangkang. Itu dulu lah. Sekarang nada berbeza yang diungkap oleh mereka selepas 2 tahun GST telah dilaksanakan.

Selepas Arab Saudi dan India mahu meniru sistem GST yang dilaksanakan Malaysia, nada "pembangang" terhadap GST berubah.

Macam kes Lynas, sesudah 5 tahun pembangkang langsung tidak bercakap lagi hal Lynas. Dulu bukan main lagi ajak rakyat berdemo di KL sebab isu Lynas.

23 April 2017, setahun selepas pakai baju bantah GST di Sogo, Nurul Izzah mulai buat pusingan U TURN terhadap GST.

Dalam satu ceramah di Tasek Gelugor bersama parti bunga, Nurul Izzah berkata "GST tidak akan dimansuhkan jika PH berjaya ke Putrajaya tetapi kadar GST itu akan dikurangkan".

Bila masuk dalam kandang parti bunga ini, nampaknya virus U TURN yang sebelum ini terkena pada Mahathir dalam isu BR1M dan rasis pada DAP sudah berjangkit pada anak Anwar Ibrahim itu.

Selama ini, yang turun berdemo bersama Nurul Izzah pada April 2016 sudah jadi "pembangang" sahajalah. Diperbodohkan begitu sahaja oleh Nurul Izzah.

BR1M dan GST, pembangkang di Malaysia sudah iktiraf sebagai sistem yang baik untuk ekonomi negara.

Bermakna, apa yang BN buat hari ini sudah berada di landasan yang betul. Buat apa nak pilih PH lagi kalau BN sudah buat perkara yang sudah terbukti berkesan.

Pilih sahajalah BN. Pembangkang hanya kuat memperbodohkan rakyat sahaja, pada akhirnya nanti mereka akan sokong balik apa yang mereka bangkang itu. Yang terus percaya dan ikut pembangkang lah yang jadi "pembangang".


One Response

  1. Anonymous says:

    "Pembangang"..mmg sesuai sgt kat peyokong izzah n team ni..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.