..

..

KOS KAJIAN RM305juta, BILA NAK HANTAR DOKUMEN KEPADA JKR ?

on Saturday, April 1, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Setelah menghabiskan kira-kira RM305 juta bagi menjalankan kajian kebolehlaksanaan Projek Terowong Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kemudiannya memutuskan untuk mengubah projek tersebut kepada Projek Jambatan ke-3 Pulau Pinang.
Walaubagaimanapun, Menteri Kerjaraya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak kementeriannya sehingga kini masih belum menerima sebarang dokumen sokongan atau pelan pelaksanaan daripada kerajaan negeri berhubung projek berkenaan.
"Pada Mei 2016, Kerajaan Pulau Pinang menulis surat kepada pihak kemnterian meminta kelulusan bagi projek jambatan ke-3 tanpa melampirkan sebarang dokumen sokongan.
"Sejak tarikh itu, pihak kementerian sudah meminta kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk daripada kerajaan Pulau Pinang bernilai RM305 juta yang mana RM135 juta sudah pun dibayar pada Mei 2016, kerana projek tersebut tidak boleh diteruskan tanpa dokumen sokongan," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.
Selepas memutuskan untuk meneruskan projek jambatan, Guan Eng pada tahun lepas secara terbuka menyatakan ingin berjumpa dengan Fadillah untuk menyerahkan dokumen sokongan projek berkenaan.
Walaubagaimanapun kata Fadillah, Guan Eng pada 6 Ogos 2016 mengakui kajian berkenaan cuma 83% siap dan berjanji akan menyerahkan dokumen lengkap pada awal tahun 2017.
"Hari ini sudah tamat suku pertama 2017. Pihak kementerian mahu menjelaskan kepada umum bahawa kami belum lagi menerima kajian berkenaan. Maka, sebarang kesalahan disebabkan kelewatan bukan datang dari pihak kami.
"Pihak kementerian juga ingin menyatakan kerisauan terhadap projek ini dan menawarkan bantuan kepada Kerajaan Pulau Pinang sekiranya meraka mahu.
Tambah beliau, pihak kementerian difahamkan kos keseluruhan projek tersebut adalah RM6.34 bilion dan jumlah RM305 juta untuk sebuah kajian adalah terlalu mahal.
"Walaupun kerajaan Pulau Pinang mempertahankan kos RM305 juta adalah berpatutuan, kementerian percaya kos tersebut adalah terlalu besar dan di luar peraturan kos biasa bagi projek pembinaan.
"Kami mempunyai pakar untuk menyiapkan kajian dalam waktu diperuntukkan dengan harga lebih rendah. Kami sekali lagi menawarkan kesediaan untuk membantu Kerajaan Pulau Pinang sekiranya mereka memerlukan bantuan," tegasnya lagi.
- Malaysian Digest-


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Dulu cakap pasal ketelusan, integriti dan macam2 lgi yg baik konon...bila dah berkuasa lain plk.

  2. Anonymous says:

    Kos kajian kebolehlaksaan sampai RM300 juta, gila kos apa ni. Kepada Lem guen enggg pergi tanya org Petronas berapa diaorg punya kos kajian kebolehlaksaan untuk memajukan suatu lapangan minyak atau gas yg baharu... for billions ringgit projects cost, jauh lebih2 rendah, ini sampai 300 juta ape bendenye nie... tanya dan compare. Harap SPRM dapat memantau dan siasat!!! Macam HARAM JADAH!!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.