..

..

KERAJAAN NEGERI JANGAN DITADBIR SEPERTI PERNIAGAAN BUAT KEUNTUNGAN

on Friday, April 28, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kenyataan Media
YB Datuk Sr Muhammad Farid Bin Saad
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
Kawasan Pulau Betong

Khamis, 27 April 2017

Peningkatan Surcaj Pemuliharaan (Penjimatan) Air dan Keuntungan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Tarif air di Pulau Pinang yang dikatakan terendah dalam Negara bukan dicapai selepas 2008 atau selepas DAP jadi Kerajaan di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang telah menikmati tarif air yang terendah dan kualiti air bersih yang terbaik dalam negara daripada PBAPP sejak dari era pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional lagi.

Kerajaan Negeri Barisan Nasional yang telah mengambil langkah-langkah menjadikan Pihak Berkuasa Air (PBA) sebagai sebuah Badan Berkanun Negeri (State Statutory Body) pada 1973. Kemudiannya PBAPP di perbadankan (Incorporated) pada 1999 dan akhirnya Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) disenaraikan (Listed) di Bursa Saham Kuala Lumpur. PBAHB merupakan sebuah syarikat pembekalan air milik negeri yang pertama disenaraikan di Bursa. Ini merupakan kejayaan besar yang dicipta oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu.

Selama 15 tahun (1993-2008) di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, tarif air tidak pernah dinaikkan sekali pun, tiada surcaj dikenakan dan PBAPP masih mampu menjana keuntungan saban tahun. Ini juga satu kejayaan dalam mengurus tadbir sebuah syarikat bekalan air bersih.

DAP dan Lim Guan Eng hanya mewarisi satu perkhidmatan bekalan air atau syarikat bekalan air yang sudah dibangunkan dan diuruskan dengan bijak dan berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu. Rakyat Pulau Pinang sepatutnya berterima kasih kepada pimpinan Kerajaan Negeri terdahulu kerana ini.

Sejak DAP menjadi Kerajaan Pulau Pinang dan Lim Guan Eng menjadi Pengerusi PBAPP dan PBAHB selepas Mac 2008, surcaj penjimatan air (SPA) telah diperkenalkan pada November 2010 dengan kadar 24 sen setiap 1000 liter melebihi penggunaan 35,000 liter sebulan dengan alasan untuk mendidik rakyat Pulau Pinang menjimatkan penggunaan air. Kemudiannya kadar itu dinaikkan sebanyak 100 peratus kepada 48 sen. Terkini kadar itu akan dinaikkan pula kepada 100 sen atau peningkatan sebanyak 108 peratus.

Walaupun DAP dan Lim Guan Eng telah beberapa kali berjanji untuk tidak menaikkan tarif air di Pulau Pinang, beliau telah menaikkan tarif air domestik sebanyak 16.7% mulai 1 April 2015. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memungkiri janji mereka sendiri kepada rakyat Pulau Pinang.
Sejak surcaj diperkenalkan pada 2010, ini adalah kali kedua surcaj akan dinaikkan. Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang sendiri mengakui langkah Kerajaan mengenakan surcaj ini masih gagal mengurangkan kadar penggunaan air harian per kapita bagi negeri Pulau Pinang. 

Saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

1. Apakah kadar surcaj akan terus dinaikkan secara berkala jika ia masih gagal mengurangkan kadar penggunaan air negeri?

2. Apakah tariff air akan dinaikkan jika peningkatan kadar surcaj kali ini juga gagal?

3. Apakah kempen atau program yang telah dijalankan oleh PBAPP atau Kerajaan Negeri bagi mendidik rakyat Pulau Pinang untuk menjimatkan penggunaan air?

Saya berharap Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan jumlah penggunaan air yang tinggi oleh 25 peratus pengguna air Pulau Pinang sebagai alasan untuk terus menaikkan tarif air di Pulau Pinang. 

Cukuplah dengan keuntungan yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri dengan mengenakan caj air mentah ke atas PBAPP untuk air yang dipam dari Sungai Muda.

Saya berpandangan sesebuah Kerajaan tidak seharusnya ditadbir urus sebagaimana sebuah entiti perniagaan untuk membuat keuntungan saban tahun. 

Sejak 2008, Lim Guan Eng mentadbir Kerajaan Pulau Pinang seperti sebuah perniagaan untuk mengaut keuntungan. Cukuplah dengan menjual beratus-ratus ekar tanah-tanah kerajaan negeri kepada pemaju-pemaju swasta. Air Sungai Muda kurniaan Tuhan pun dia sudah jual kepada PBAPP. Akhirnya rakyat juga yang terpaksa membayar semua ini supaya Kerajaan Negeri boleh buat untung!

SELAMATKAN PULAU PINANG


Terima kasih.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.