..

..

KERAJAAN DAP JANJI KOSONG , SAMPAI SEKARANG GAGAL ATASI BANJIR KILAT @dzainalabidin

on Monday, April 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Isu banjir kilat di bahagian pulau semakin hari semakin teruk sejak negeri P.Pinang diperintah DAP . Kondomonium  mewah setiap tahun diluluskan mereka dibina  dikawasan padat  penduduk hingga mengakibat densiti air apabila hujan sudah tidak mampu lagi ditampung longkang . 

Persoalannya sampai bila isu banjit kilat ini nak diselesaikan ?  Setakat Exco Kerajaan DAP mengeluarkan amaran saja tidak menyelesaikan masalah  . 

Adalah dimaklumkan bahawa akibat hujan lebat yang mula turun kira-kira 7 petang, banyak kawasan didapati air sudah melimpah atas jalan. Orang ramai adalah dinasihatkan supaya bersiap-sedia untuk menghadapi banjir kilat. Kawasan-kawasan tersebut termasuk Jalan P. Ramlee, Sungei Ara, Relau, depan Hotel Alora, depan Hotel Vistana, Bukit Jambul dan Bayan Baru.


Dahulu selepas menang Pulau Pinang mereka dengan angkuh berkata kerajaan DAP mampu menyelesaikan isu banjir dengan mudah dalam masa 8 bulan .

Ternyata kerajaan DAP selama ini hanya janji kosong kepada rakyat dan bila banjir muka YB wakil rakyat mereka langsung tak nampak muka sebaliknya hantar pegawai untuk mengambil gambar banjir !!






NIBONG TEBAL  -  Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini, dibidas kerana gagal menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering berlaku di negeri itu, walaupun hampir 10 tahun mengambil alih pentadbiran. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata sebelum DAP mengambil alih Pulau Pinang, parti itu lantang mempertikaikan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan isu banjir di negeri ini. 

"Kalau 10 tahun lalu, DAP begitu lantang mengutuk Kerajaan BN kerana didakwa gagal mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku, selain mendesak rakyat Pulau Pinang memilih parti itu yang kononnya akan menyelesaikan isu banjir di negeri ini.

 "Tetapi selepas 10 tahun DAP mentadbir, banjir kilat yang berlaku di negeri ini semakin buruk dan terbaharu kejadian banjir kilat malam tadi. 

Justeru, saya harap kerajaan negeri segera mengadakan pelan mitigasi banjir di negeri ini yang mana kosnya tidak terlalu tinggi seperti Pelan Induk Pengangkutan (PIP) yang menelan belanja berbilion ringgit," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Sumbangan Petrol Percuma kepada 1,000 penunggang motosikal anjuran Pemuda UMNO negeri ini, di stesen minyak Tasek Mutiara, di sini, hari ini. 

Semalam, hujan lebat selama dua jam dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam, menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Georgetown. Antara kawasan terbabit ialah, Lorong Batu Lanchang, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara, Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Farlim.

 Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri wajar memperuntukkan RM1 bilion hingga RM2 bilion untuk mengadakan pelan tebatan banjir demi keselesaan penduduk negeri ini.







Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.