..

..

KADAR CAJ AIR PULAU PINANG NAIK LAGI , KERAJAAN DAP BEBANKAN RAKYAT @dzainalabidin @RRafizal

on Sunday, April 23, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dahulu zaman kerajaan BN , tiada langsung kenaikan caj air di Pulau Pinang selama  19 tahun dan kadar caj antara terendah di Malaysia  . Tetapi bila kerajaan DAP berkuasa , sudah banyak kali berlaku  kenaikan caj air  dikenakan kepada rakyat .
Keputusan ini jelas  hanya menguntungkan kerajaan negeri sahaja kerana dapat menjana tambahan pendapatan tetapi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akan semakin terhimpit.
Jika sebelum ini sudah berlaku kenaikan  caj  ,  mengapa perlu lagi kenaikan dilakukan pada tahun ini ? 

Ini menunjukkan  Ketua Menteri  Guan Eng tidak mesra rakyat dan ia seperti mahu menutup kegagalan kerajaa DAP  mendidik rakyat negeri ini berjimat ketika menggunakan air.
Kerajaan negeri mengakui surcaj air yang dikenakan sebelum ini gagal, jadi adalah tidak wajar untuk mereka meneruskan pelaksanaannya.
Jika surcaj dikatakan sebagai bentuk hukuman kepada pengguna yang membazir air, adakah tindakan menaikkan tarif air itu boleh dianggap sebagai hukuman kepada rakyat. 

Rakyat negeri ini harus sedar  bahawa kenaikan caj air telah membuktikan  kerajaan negeri menipu rakyat  dan  mungkir janji kerana dalam manifesto yang dilancarkan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun lalu bahawa mereka mengatakan tidak akan menaikkan kadar caj perkhidmatan air.

#ChangePenang #TOLAKDAP 






PULAU PINANG - Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menaikkan surcaj pemuliharaan air (SPA) bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang.
Katanya Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan menghantar surat permohonan menaikkan SPA itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam tempoh terdekat dan surcaj baru tersebut dijangka akan dikenakan kepada pengguna pada penghujung tahun ini.
"Kerajaan negeri menerima banyak kritikan berkenaan tarif air yang sangat rendah sehingga menyebabkan pembaziran air yang teruk. Banyak pihak meminta kami menaikkan tarif air dan saya akui, setiap kritikan itu ada logiknya.
"Selama sembilan tahun kerajaan negeri bertahan dengan tarif air paling rendah dan ia agak keberatan untuk menaikkan tarif air namun ia tidak boleh dibiarkan. Oleh itu, kita mengambil keputusan agar menaikkan SPA kepada RM1 untuk setiap 1,000 liter air yang digunakan melebihi 35,000 liter air," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Air Sedunia Pulau Pinang 2017, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP Datuk Jaseni Maidinsa.
Lim berkata kenaikan itu juga merupakan langkah terakhir kerajaan negeri untuk mengelakkan pembaziran air dalam kalangan pengguna domestik di Pulau Pinang.
"Jika usaha ini (menaikkan SPA) tidak berjaya, kami tiada pilihan lain melainkan menaikkan tarif air. Permohonan kenaikkan surcaj ini mungkin akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk diluluskan. Mungkin ia akan dilaksanakan pada hujung tahun ini. KLIK DI SINI


One Response

  1. Anonymous says:

    bukan rakyat yg membazir tapi kerajaan DAP yg membazir duit rakyat Penang

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.