..

..

GUAN ENG MENYERANG HABIS HABISAN SHAHBUDIN UNTUK BALAS DENDAM KESUMAT - RAFIZAL

on Wednesday, April 12, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang 

Saya melihat serangan ke atas Ahli Parlimen Tasek Gelugor  YB Datuk Shabudin Yahaya oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terlalu 'bersifat peribadi'. 

Lim Guan Eng telah mengambil peluang untuk menyerang habis habisan Ahli Parlimen Tasek Gelugor kerana ini adalah masa terbaik untuk membalas ' dendam kesumat' beliau setelah disabitkan di Mahkamah ekoran pendedahan oleh YB Datuk Shabudin. 

Sebelum Ketua Menteri Pulau Pinang mahu membentangkan Usul mengecam YB Shabudin di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Mei ini, adalah lebih baik Guan Eng mendengar hazard parlimen bagi mengetahui kebenaran. 

Lim Guan Eng sepatutnya menjadi seorang ketua menteri yang 'berotak' serta menjadi contoh dan bukannya membenarkan emosi mengawal diri dengan memperalatkan sidang dun Negeri Pulau Pinang bagi melampiaskan dendam kesumatnya.

 Lim Guan Eng seharusnya menggunakan masa yang masih ada ini untuk membuat persiapan ke Mahkamah pada bulan Julai ini dan bukannya sibuk membalas dendam. 

Disamping itu masih banyak isu-isu di Pulau Pinang yang memerlukan campur tangan serta tindakan seorang Ketua Menteri. 

Isu seperti banjir kilat yang terlalu kerap ekoran pembangunan yang terlalu berleluasa dan tidak terkawal, kos saraan hidup yang saban hari semakin meningkat setelah banyak polisi Kerajaan Negeri yang membelakangkan kepentingan rakyat, pembinaan rumah mampu milik yang hampir tiada di Pulau Pinang dan pelbagai isu lagi yang gagal ditangani oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara holistik. 

'Sampai bila nak menyibuk hal orang, sedangkan hal dalam kain sendiri pun tak betul dan kelam kabut'. Itu lah pesanan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Sekian 
Rafizal Abd Rahim 
11 April 2017


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.