..

..

USIR DUTA KOREA BERDASARKAN UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA - REEZAL @ReezalMerican

on Sunday, March 5, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

  


Keputusan kerajaan Malaysia mengusir Duta Besar Korea Utara Kang Chol dibuat secara profesional berlandaskan undang-undang dan tidak dilakukan secara terburu-buru, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Keputusan itu, katanya dibuat berdasarkan profesionalisme mengikut Konvensyen Vienna mengenai soal hubungan diplomasi antara negara.
“Kita tidak mengambil tindakan berdasarkan ketergesaan. Kita tidak melakukan sesuatu tanpa alasan munasabah.
“Tetapi kita buat berdasarkan undang-undang antarabangsa dan kalau dari segi hubungan diplomasi, ia mematuhi undang-undang dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pemimpin bersama jentera Jalinan Rakyat Wanita Kepala Batas, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam yang mengisytiharkan Kang Chol sebagai ‘Persona Non Grata’ dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia.
Ditanya sama ada terdapat tindakan susulan selepas pengusiran itu termasuk memutuskan hubungan dengan Korea Utara, Reezal Merican menegas apa juga keputusan yang diambil akan dibuat secara profesional.
Beliau berkata kerajaan Malaysia sentiasa bertindak terhadap sesuatu perkara itu dalam kesederhanaan dan tidak pernah membuat keputusan yang keterlaluan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.