..

..

TANAH SUDAH DIJUAL, DUIT PINJAMAN DIBERIKAN , DI MANA RUMAH MAMPU MILIK ?

on Saturday, March 4, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerusi pembentangan bajet negeri 2017 mengumumkan akan memperuntukkan RM609 juta kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) sebagai pinjaman untuk membina rumah mampu milik di negeri berkenaan.
ADUN Pulau Betong, Datuk Mohd Farid Saad berkata, nilai tersebut merupakan tambahan kepada RM500 juta peruntukan yang disediakan bagi tujuan sama kepada PDC sebelum ini menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM1.1 bilion.
“Mengikut penjelasan Ketua Menteri Lim Guan Eng, pinjaman ini adalah bertujuan untuk membolehkan PDC membuat pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan di kawasan Seberang Perai,” katanya dipetik portal berita.
“Batu Kawan adalah satu kawasan di daerah Seberang Perai Selatan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini memiliki tanah yang cukup dan boleh dibuat pembangunan di situ.
“Malangnya Kerajaan Negeri di bawah Dap sejak 2012 lebih berminat dan memilih untuk menjual sebahagian besar tanah Batu Kawan kepada pemaju-pemaju swasta dan tidak diberikan kepada PDC untuk membangunkannya.”
Guan Eng sewaktu membentangkan Bajet 2015 mengumumkan peruntukan RM500 juta kepada PDC bagi menyiapkan 520 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia, Seberang Perai Salatan pada Disember 2016.
Projek berkenaan akan menyediakan unit rumah berharga antara RM72,500 sehingga RM220,000 seunit.
Walaubagaimanapun pada pembentangan bajet seterusnya, Guan Eng mengumumkan tambahan RM609 juta kepada PDC, bagi tujuan sama.
Justeru, Mohd Farid mendesak agar kerajaan negeri teraju Guan Eng menjelaskan jumlah sebenar yang telah disalurkan kepada PDC bagi projek perumahan mampu milik termasuk hasil daripada penjualan tanah tambakan laut Bayan Mutiara.
Ujarnya, isu perumahan mampu milik menjadi perhatian rakyat negeri ekoran kerajaan negeri banyak memberikan tumpuan kepada projek kondominium mewah yang mendapat kelulusan pantas berbanding permohonan perumahan rakyat.
Katanya, sehingga kini, tiada satu pun rumah mampu milik dibina oleh kerajaan negeri.
“Isu rumah mampu milik ini sebenarnya masih tidak dijawab sehingga kini. Sampai bila kerajaan negeri mahu mengunci mulut.
“Kerajaan negeri perlu bersikap telus dan menerangkan hal sebenar kepada rakyat melainkan ada perkara yang tidak betul dan mahu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat,” tegasnya lagi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.