..

..

SEBAB PAKATAN SERANG ZAHID UNTUK DIVERT ISU DALAMAN PARTI ?

on Sunday, March 19, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 16 Mac 2017
Ia adalah hampir mustahil untuk meramal apa yang akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang apabila anda tidak dapat pun meramalkan apa yang akan berlaku esok. Keadaan politik Malaysia sentiasa berubah sehinggakan ia adalah sukar untuk mengetahui sama ada pemain datang atau pergi. Satu-satunya perkara yang berterusan dalam keadaan politik Malaysia adalah keadaaan yang tidak menentu.
Ada pepatah mengatakan: ‘one week is a long time in politics’. Itu akan membuat satu tahun hampir seumur hidup. Banyak perkara boleh berlaku dalam satu minggu dan seluruh dunia boleh terhapus dalam satu tahun. Pepatah yang mengatakan ‘Man proposes while God disposes’ sangat tepat dalam kes ini. Dan apabila kita mengatakan ‘God’, sudah tentu kita tidak bermaksudkan Lim Kit Siang, walaupun ramai yang menganggapnya Tuhan.
Sebelum kita dapat memahami sebab mengapa Ezam Mohd Nor meninggalkan Umno untuk menyertai PPBM (Pribumi), satu pengumuman dibuat bahawa Khairuddin Abu Hassan dan Ezam sedang bekerjasama untuk menubuhkan parti baru. Dan mengapa mereka menubuhkan sebuah parti baru tidak berapa lama selepas bos mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, membentuk Pribumi?
Khairuddin berkata, “Jika Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan parti ini, maka kami akan membuat permohonan rasmi kepada PH, untuk bertanya kepada mereka jika kami boleh menjadi parti komponen. Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana Ahli Parlimen bagi kedua-dua kawasan pilihan raya itu adalah dua orang yang mengetuai Kementerian Kewangan, yang mana adalah punca masalah kewangan negara. Kami mahu memperbetulkan ini, kami mahu menghentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian ini.”
Jadi, menurut Khairuddin, mereka menubuhkan sebuah parti baru semata-mata untuk bertanding dua kerusi parlimen, semata-mata untuk menghapuskan Menteri Kewangan dan Timbalan beliau, dan semata-mata untuk menghapuskan rasuah di negara ini. Satu alasan yang lemah. Itu sama seperti lelaki yang yang mengatakan dia telah berkahwin empat isteri untuk memastikan bahawa wanita yang belum berkahwin yang tidak boleh berkahwin kerana kekurangan lelaki tidak akan mengambil jalan mudah dengan dosa seks luar nikah. Oleh itu dia berkahwin empat isteri kerana Allah dan bukan kerana nafsu atau seks.
Ya, kami telah mendengar semua alasan sebelum ini. Mengapa Khairuddin tidak boleh hanya meminta Pribumi untuk memberinya dan Ezam kedua-dua kerusi yang mereka mahukan? Lagipun, Pribumi kini hanya mempunyai satu kerusi, Pagoh, dan itupun mereka akan kehilangan kerusi pada pilihan raya umum akan datang jika Muhyiddin Yassin bertanding di kawasan itu. Jadi, dari segi teknikal, Pribumi tidak mempunyai kerusi memandangkan Muhyiddin sedang kegagalan dan Pagoh lebih kurang sudah tidak dapat dimenangi.
Ramai ‘reformis’ (gelaran kepada penyokong-penyokong Anwar Ibrahim pada 1998-1999) ingat semasa Ezam mengangkat sumpah keramatnya pada zaman Reformasi. Ibu Ezam turut bersumpah atas nama Allah bahawa jika Ezam kembali atau menyertai semula Umno beliau ‘tidak akan mengaku anak’. Sumpah ibu Ezam sebenarnya dirakam pada VCD dan diedarkan di seluruh Malaysia.
Tidak sampai beberapa tahun kemudian, semua sumpah demi nama Allah telah dilupakan. Jadi itulah nilai sebenar kata-kata orang-orang ini. Sumpah atas nama Allah di hadapan beribu-ribu orang pun boleh dibuang. Apa yang boleh anda harapkan dari orang-orang yang suka memutarbelitkan, berpusing dan berpatah balik setiap dua hari dalam seminggu?
Barisan pembangkang dipenuhi dengan kekeliruan. PKR berkata ia masih mahu bercakap dengan PAS tentang kemungkinan mereka menyertai Pakatan Harapan pimpinan DAP. Mahathir berkata perkara yang sama dan pada masa yang sama mengutuk PAS. Bagaimana anda mahu bekerjasama dengan PAS dan pada masa yang sama anda mengatakan perkara-perkara yang sangat jahat tentang mereka?
DAP berkata ia bukannya anti-Islam. Ia hanya anti-Hudud. Dan DAP mengatakan bahawa syariah adalah sama seperti Hudud dan Pindaan Rang Undang-Undang syariah (RUU355) adalah sama seperti Rang Undang-undang Hudud. Syariah adalah undang-undang, yang orang Islam percaya adalah undang-undang al-Quran atau undang-undang Allah. Hudud adalah salah satu komponen atau satu bahagian syariah. Islam mengajar anda untuk tidak memilih hanya beberapa aspek Islam dan menolak yang lain yang tidak sesuai dengan anda.
Sebagai contoh, umat Islam tidak boleh mengatakan mereka menerima 90% daripada al-Quran dan menolak hanya 10%. Menolak walaupun satu perkataan dalam al-Quran adalah menolak Al-Qur’an. Begitu juga dengan undang-undang Allah. Anda tidak boleh mengatakan anda menerima puasa tetapi menolak solat lima kali sehari. Anda juga tidak boleh mengatakan anda menerima sebahagian daripada syariah tetapi bukannya keseluruhan syariah. Ini adalah sesuatu yang DAP tidak faham dan ini adalah sebabnya mereka telah membuat kesilapan yang besar mengenai RUU355.
DAP juga mengatakan mereka tidak bermusuhan dengan PAS, mereka hanya bermusuhan dengan Abdul Hadi Awang. Adakah DAP juga mengatakan mereka tidak bermusuhan dengan Umno, hanya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak? Kalau begitu orang Melayu boleh mengatakan mereka tidak bermusuhan dengan DAP, hanya dengan Lim Kit Siang dan keluarga dan kroninya. Jika Kit Siang dan kroni dan keluarga beliau keluar daripada DAP maka orang Melayu tidak mempunyai masalah menyokong DAP. Tetapi pertama sekali Kit Siang dan kira-kira 100 atau lebih pemimpin DAP mesti meninggalkan parti.
Pembangkang cuba untuk mengalihkan rakyat Malaysia dari masalah dalaman dan antara parti mereka dengan menyebarkan cerita bahawa Najib dan Timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi, berselisih faham. Pembangkang mengatakan bahawa sebelum pilihan raya umum akan datang, dan selepas Parlimen dibubarkan, Zahid akan meletakkan jawatan daripada Umno (dan sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara) dan akan berhijrah ke Pakatan Harapan.
Cerita yang mereka sebarkan adalah dua minggu lalu Zahid dan Saifuddin Nasution Ismail, ‘penasihat strategik’ Lim Guan Eng, bertemu di London untuk memuktamadkan perjanjian itu. Perjanjian itu telah dibuat dan kini mereka hanya menunggu Parlimen dibubarkan untuk Zahid mengumumkan peletakan jawatannya dan memasuki barisan pembangkang.
Pakatan berharap bahawa apabila Mahathir meletak jawatan daripada Umno pada 29 Februari tahun lepas, akan berlakunya penghijrahan orang Umno meninggalkan parti itu dan menyertai pembangkang. Itu tidak berlaku, dan ia tidak berlaku apabila Mahathir membentuk parti baru juga. Jadi, mengikut apa yang Pakatan memberitahu akar umbi mereka, Zahid, yang mempunyai sokongan akar umbi yang sangat besar, akan mencetuskan penghijrahan ini (yang setakat ini tidak berlaku dengan perletakan jawatan Mahathir) apabila beliau meninggalkan Umno dan menyertai pembangkang.
Yang lucunya, ini tidak menyebabkan sebarang gelombang di dalam Umno, terutamanya kerana tiada siapa percaya cerita yang tidak masuk akal ini, tetapi ia telah mencetuskan beberapa keseronokan di kalangan akar umbi PAS (yang seolah-olah lebih mudah untuk ditipu tidak kira betapa tidak boleh dipercayainya cerita itu). Ini mungkin kerana bulan seterusnya PAS akan mengadakan perhimpunan tahunannya di mana ia akan membincangkan hubungannya dengan Pakatan Harapan pimpinan DAP dan sama ada untuk menyertai pakatan pilihan raya dengan Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.
Buat masa ini, PAS masih tidak akan bekerjasama dengan Pakatan, atau juga dengan Pribumi yang kini telah mengumumkan secara rasmi menyertai Pakatan Harapan pimpinan DAP. Walau bagaimanapun, jika Zahid akan meninggalkan Umno dan akan menyertai Pakatan sebelum pilihan raya umum, maka itu adalah permainan yang berbeza sama sekali.
Objektif cerita mengenai Zahid ini adalah sangat jelas. Mereka mahu mewujudkan ketidakpastian supaya bulan depan perwakilan PAS pada perhimpunan tahunannya akan menangguhkan keputusan sama ada untuk ‘talak tiga’ dengan Pakatan Harapan. Jika PAS menangguh keputusan maka Pakatan Harapan masih mempunyai harapan untuk berbincang dengan mereka. Sebaik sahaja ‘talak tiga’ maka mereka perlu mencari Cina buta dahulu sebelum kembali bersama-sama sekali lagi dan buat masa ini PAS tidak mempercayai Cina buta atau Cina celek selepas apa yang DAP lakukan kepada mereka.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.