..

..

PAS PERMATANG PAUH PUTUS HUBUNGAN PKR , NAK TANDING PRU14 @dzainalabidin

on Monday, March 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


1. Tindakan PAS Kawasan Permatang Pauh  yang memutuskan hubungan dengan PKR  selepas mesyuarat tahunan mereka nampaknya bakal membuka jalan untuk mereka bertanding di  3 kerusi  DUN & Parlimen P44 Permatang Pauh.

2.  Biarpun pengalaman lalu  semasa PRK Permatang Pauh pada tahun 2015 menyaksikan mereka U Turn kembali untuk tidak memboikot PKR sekaligus memenangkan Wan Azizah dengan menewaskan Calon BN Suhaimi Sabudin . 

3.  Ini tidak mustahil akan berlaku pertembungan 3 penjuru kerana PAS dahulu dan kini jelas berbeza setelah tiada lagi Mohamad Sabu dan orangnya di dalam kepimpinan PAS negeri & Pusat .  

4. Malah kemarahan kepimpinan PAS terhadap PKR terus memuncak apabila ahli parti mereka diminta sertai parti mereka jika mahu memegang jawatan dalam kerajaan negeri sertai isu kepentingan Islam membabitkan soal fatwa. 

5.Jadi , kebarangkalian  pertembungan 3 penjuru antara PKR , PAS , PAN dan UMNO dalam DUN &  Parlimen  Permatang Pauh  dijangka akan berlaku .  

6. UMNO Bahagian  dibawah pimpinan Datuk Mohd Zaidi Hj Mohd Said  dilihat  telah bersedia dan gerak kerja mereka telah lama dilakukan bagi mendekati pengundi  sejak tewas di PRK Permatang Pauh lalu . 


7. Apa nasib Adun PAS Permatang Pasir Datuk Salleh Man ? Beiau masih lagi berbaju PAS tetapi condong ke arah kerajaan DAP kerana masih memegang jawatan YDP MAIPP . Apakah beliau akan sertai PAN sekaligus untuk  mempertahankan kerusi tradisi PAS ini ? 

8. Yang pasti , GPB   meramalkan calon baru bakal ditampilkan oleh parti UMNO dan PAS  kali ini manakala PKR akan mengekalkan pemimpin mereka sediada. 






PERMATANG PAUH - Tidak menghormati kerjasama yang terjalin - itu alasan PAS Permatang Pauh hari ini apabila mereka membuat ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan, berkata pihaknya tidak senang dengan sikap PKR apabila terus mengadakan kerjasama dengan dua parti seteru mereka iaitu DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Omar juga mendakwa PKR menggunakan sebilangan ahli PAS dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka.
"Lebih memudaratkan, terdapat aduan daripada ahli PAS bahawa PKR meminta ahli kami keluar parti dan menyertai mereka bagi tujuan memegang jawatan tertentu dalam kerajaan.
"Sifat tidak bertanggungjawab oleh PKR ini menunjukkan PKR sangat tidak menghormati prinsip setia kawan dan boleh menjejaskan PAS," katanya dipetik Sinar Harian hari ini.
Seperti beberapa kawasan lain, PAS Permatang Pauh mengadakan mesyuarat tahunan mereka hari ini.Hubungan PAS Permatang Pauh dengan PKR memang tidak seakrab dulu dan mereka pernah dingin ketika pilihan raya kecil parlimen itu pada April 2015.
Parlimen Permatang Pauh kini diwakili Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta ketua pembangkang di Dewan Rakyat.
Semasa mesyuarat berlangsung usul memutuskan hubungan dengan PKR dibawa perwakilan PAS Cawangan To' Kandu. Malah mereka mencadangkan supaya PAS meletakkan calon di kawasan parlimen serta tiga kawasan dewan undangan negeri (DUN) di bawahnya.
Tiga DUN di bawah Permatang Pauh ialah Seberang Jaya dan Penanti - masing-masing diwakili PKR - dan Permatang Pasir (PAS).
Sinar Harian melaporkan, usul itu diterima sebulat suara.
Kata Omar, PKR dilihat gagal membela serta mempertahankan Islam di Pulau Pinang apabila secara terbuka menurut kehendak DAP.Omar kemudian mendakwa beberapa fatwa dilengah atau ditangguhkan oleh PKR dan DAP melalui exco agama Pulau Pinang.
"Tindakan PKR itu memberi pelbagai implikasi antaranya merugikan Islam, bertentangan dengan prinsip tahaluf siyasi dan menjejaskan kedudukan PAS untuk berhadapan dengan pengundi Islam dan Melayu di dalam PRU ke-14 kelak," katanya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.