..

..

PAKATAN HARAPAN ADALAH PAKATAN ALI BABA , MASIH BELUM PILIH SIAPA PM ?

on Monday, March 6, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pendedahan Najib tentang Pakatan Ali Baba pembangkang  kerana masih lagi gagal memilih siapa Perdana Menteri jika mendapat kuasa memang untuk checkmate mereka !

Biar rakyat menilai Pakatan pembangkang yang setiap hari  menghasut dan menfitnah bagi menjatuhkan kerajaan sebenarnya masih lagi gagal untuk memilih siapa Perdana Menteri .

Yang pasti  DAP yang mengetuai pembangkang  yang dikatakan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri  lebih berkuasa memilih siapa bakal Perdana Menteri .  Ini kerana mengikut bilangan kerusi di Parlimen , DAP yang lebih mendominasi .

Daripada memilih pembangkang yang masih celaru siapa bakal Perdana Menteri, lebih baik memilih kerajaan BN yang stabil dan berpengalaman  untuk memimpin negara





Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang umpama pakatan ali baba kerana mereka sehingga kini gagal bersetuju untuk memilihi siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri jika mendapat kuasa.

 Perdana Menteri berkata, pembangkang sebaliknya hanya bersepekat untuk melantik siapa Timbalan Perdana Menteri yang sebelum ini dikatakan milik parti DAP.


 Menurut Najib, ini bermaksud jika pembangkang memerintah, Timbalan Perdana Menteri adalah individu yang paling berkuasa kerana dia yang akan melantik siapa Perdana Menteri.


 “Saya fikir di Malaysia ini pelik sikit sebab mereka hanya bersetuju siapa jadi TPM (Timbalan Perdana Menteri), yang jadi PM (Perdana Menteri) dia belum setuju lagi.
 “Siapa akan jadi, Wan Azizah, Muhyiddi?

 Yang peliknya TPM akan lantik PM. Ini ali baba, pembangkang adalah ali baba,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di sini hari ini.


 Najib berkata, Barisan Nasional (BN) sebaliknya merupakan parti yang sentiasa bersatu dan kesemua 14 komponennya bermuafakat dalam apa sahaja keputusan.-UTUSAN ONLINE




3 Responses

  1. Anonymous says:

    Yang 40 pencuri bagaimana pula?

  2. Anonymous says:

    itu pun jadi isu..takut bebenor ye..pakatan harapan ni semut je..BN ni gergasi..duit pun banyak..dah terbukti..MO1 pun ada berbillion2..tak yah takut le kalau BN ni kuat...

  3. Anonymous says:

    Masing2 lapar jawatan bukan nak jaga rakyat pun.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.