..

..

MALAYSiA TAK TERLIBAT OPERASI KENTENTERAAN YAMAN - @HishamuddinH20

on Thursday, March 16, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Sesi taklimat sebelum menjawab soalan di Dewan Rakyat pagi tadi berhubung dakwaan kononnya Malaysia terlibat dalam operasi ketenteraan Arab Saudi ke atas Yaman.

Saya konsisten bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. Malaysia tidak pernah campur tangan atau terlibat dengan operasi ketenteraan di Yaman, Syria atau Iraq. Sebaliknya, kehadiran anggota ATM di Arab Saudi bertujuan menyertai misi kemanusiaan dan latihan ketenteraan Thunder of the North dan North Spear.

Malah, anggota kita tidak sesekali dibenarkan melintasi sempadan Arab Saudi, apatah lagi ke kawasan peperangan.

Justeru, janganlah kita sewenang-wenangnya membuat dakwaan yang berupaya menjejaskan nama baik ATM dan Malaysia. Sebaliknya, berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anggota kita yang bertungkus-lumus berjuang demi menegakkan keamanan negara dan dunia.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.