..

..

KIT SIANG TAKUT PENGUNDI , SANGGUP LARI DARI GELANG PATAH KE PULAU PINANG ?

on Monday, March 27, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




BALIK PULAU 26 Mac - Desas-desus Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bertan­ding di negeri ini membuktikan pemimpin pembangkang ber­kenaan gagal dalam melaksana­kan tanggungjawabnya terhadap pengundi di Gelang Patah.

 Lebih memalukan, kata Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, Kit Siang dilihat mahu kembali menjadi wakil rak­yat di negeri ini yang pernah me­nyaksikan beliau juga gagal sebagai wakil rakyat suatu ketika dahulu.

 Menurut beliau, Kit Siang sebelum ini pernah digelar sebagai ‘Robocop’ ketika bertan­ding di Parlimen Tanjong pada 1995 kerana sikap tidak konsistennya dalam politik sehingga dipertikai pengundi.

 “Kenapa mahu lari ke sana dan ke sini? Mungkin beliau takut ke­rana tidak selalu turun ke kawasan sendiri (Gelang Patah), sebab itu berhijrah ke tempat lain,” katanya.

 Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penu­tupan Kembara Sihat 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. Program bertemakan #ziarahsenyum itu membabitkan seba­nyak 108 perhentian di seluruh negara dengan jarak perjalanan 8,000 kilometer melibatkan seramai 3,500 peserta.

 Dalam pada itu, Hilmi menyifatkan tindak-tanduk Kit Siang yang sering bertukar kawasan bertanding dalam pilihan raya umum seolah-olah memperlekeh­kan kepercayaan pengundi. Menurut beliau, keputusan itu jelas bertujuan menyelamatkan karier politiknya semata-mata berbanding untuk ber­khidmat kepada penduduk atas kapasiti sebagai wakil rakyat.

 “Sebab itu di negeri ini sahaja kita boleh lihat macam-macam masalah termasuk peningkatan tarif air, pelbagai kenaikan cukai dan caj tempat letak kereta yang dikenakan selama 24 jam sekali gus membebankan rakyat,” katanya. - UTUSAN-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.