..

..

GUAN ENG KENA BUKU DENGAN RUAS , CUBA BALING BATU SEMBUNYI TANGAN !

on Wednesday, March 8, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Silap besarlah kali ini buat  Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng  yang sering menyalahkan orang lain bila menghadapi masalah dalaman dalam kerajaan DAP mahupun parti . 

Mungkin dia silap pilih orang la bila cuba ganggu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam isu 4 pemimpin DAP  mengumumkan keluar parti . 

Sebenarnya isu 4 pemimpin DAP keluar parti bukannya kerana Ketua Menteri Melaka mahupun BN , tetapi ia lebih kepada isu dalaman DAP yang tidak puas hati dengan Dinasti Lim . 


Daripda aksi dalam gambar, nampak serius apa yang Datuk Seri perkatakan kepada Guan Eng?

IDRIS: Kami sedang me­nung­gu keberangkatan tiba Seri Paduka dan tiba-tiba Guan Eng kata lebih kurang begini, ‘ini you punya pasallah (punca empat pemimpin DAP Melaka keluar parti) 
Lalu saya perjelaskan pada dia anda jangan buat cerita, andalah (Guan Eng) sebenarnya punca empat orang itu keluar DAP. Mereka tidak senang dengan cara kepemimpinan anda. Guan Eng sebenarnya cuba ‘ba­ling batu sembunyi tangan'. 
Bukankah puncanya telah diperjelaskan oleh empat orang terlibat bahawa mereka sudah hilang keyakinan dengan pucuk pimpinan DAP?
IDRIS : Ya, itu punca sebenar. Salah seorang daripada mereka, Goh Leong San (Duyong) saya yakin seorang yang jujur sehinggakan beliau dipecat dan letak jawatan sebagai ketua pembangkang Melaka hanya enam bulan me­nyandangnya. Puncanya kerana dia memuji kepemimpinan saya. 
Selama dua setengah tahun Melaka tiada ketua pembangkang, sekali gus tiada penyelarasan. Akibatnya Dewan Undangan Ne­geri (DUN) terpaksa mendengar soalan-soalan ber­tindih daripada wakil pembangkang. Ada 21 soalan hanya pasal penambakan laut daripada mereka.
Nampaknya ‘Dinasti Lim’ tiada arah tuju di Melaka?

IDRIS: Guan Eng pun pernah kalah dengan hanya meraih 27 undi di Melaka dalam pemilihan DAP 2005. Dinasti Lim di Melaka ditolak. 
Guan Eng dan isterinya, Betty Chew yang turut tewas lalu membawa diri ke Pulau Pinang. Di sana dia diterima dan sejak sandang ketua menteri dia jadi 'hebat'. 
Dan menurut orang-orang Guan Eng di Melaka, keempat-empat yang keluar DAP itu ‘tidak boleh diharap dan musuh dalam selimut'.
Kelihatannya pengundi Cina di Melaka tidaklah setegar rakan mereka di Pulau Pinang. Benarkah telahan ini?
IDRIS: Walaupun Melaka mempu­nyai masyarakat Cina yang tegar tetapi bagi saya, mereka rasional. PPengundi Cina di Melaka tidak ekstrem. 
Malah Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock pun tewas di kubu kuatnya di Parlimen Kota Melaka pada 2004 apabila pengundi Cina memberi kemenangan kepada calon BN, Wong Nai Chen.
Kerusi pembangkang kini tinggal empat, mampukah me­reka teruskan survival di Melaka?

IDRIS : Saya fikir Pas yang memiliki satu kerusi di Melaka pun belum tentu lagi akan bersama kelompok pembangkang.. Jadi, baki tiga wakil DAP akan terkontang-kanting.






One Response

  1. Anonymous says:

    Pan masih sayang Dap..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.