..

..

Bunga Raya layu di Baling, 500 ahli PPBM keluar parti @azeezputera

on Thursday, March 16, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




500 Ahli PPBM Keluar Parti Serta Merta.

Biarpun baru enam bulan dilancarkan, *Parti Pribumi Bersatu (PPBM) Baling* seakan-akan sudah goyah apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu hari ini mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Difahamkan tindakan tersebut berpunca rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.

Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling  berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka.

Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi.

“Jawatankuasa kami dinafikan hak untuk menerima watikah perlantikan penajaan dari pucuk pimpinan sedangkan segala gerak gempur, sesi dialog dan ceramah serta merekrut keahlian kami jayakan berpandukan misi dan visi parti.

“Kami merasa amat berkecil hati apabila watikah yang sepatutnya menjadi milik kami diserahkan kepada seorang yang tidak pernah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam gerak kerja parti sejak awal penubuhannya di sini,” kata Ali ketika sidang akhbar  pengumuman keluar parti PPBM di Dewan Baling Inn, hari ini.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tak jd kudis pun..yg keluar tu semua ahli umngok..nak sabotaj je..

  2. Perkara ini keluar masuk balik bukan benda baru ..sejak zaman Parti Perikatan lagi, tambah lagi kawasan Baling..yang keluar pun asal Umno..mai hulur depa masuk balik..sama macam zaman Pas agak kuat kat Baling..depa keluar Umno..masuk Pas ..lepas depa hulur..dia patah balik...tak percaya cari rekod kat utusan melayu dan utusan zaman tulisan jawi era pertengahan 60an hingga 70an..Pasti jumpa..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.