..

..

APA KATA PENYOKONG PAS KIT SIANG PETIK NAMA NIK AZIZ UNTUK SERANG PARTI ?

on Friday, March 3, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Apa kata penyokong PAS bila pemimpin DAP menggunakan nama pemimpin yang sudah tiada  untuk mennyerang parti anda ?

Itu yang berlaku sekarang ini bila mana DAP terus menyerang PAS bertubi-tubi dalam isu RUU355 dengan pelbagai helah dan taktik.  Sewajarnya tidak patut disentuh nama pemimpin PAS seperti Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sudah tiada dalam politik .

BiaDAP dan langsung tidak hormat puak-puak DAP . Kalau nak berpolitik pun ada tahap batasnya !




Penasihat DAP, Lim Kit Siang diberi amaran keras supaya tidak sesekali menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semata-mata untuk meraih sokongan politik.

 Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khai­ruddin Aman Razali berkata, Nik Abdul Aziz merupakan tokoh yang sentiasa merujuk al-Quran dan sunah sebelum mengeluarkan kenyataan atau bertindak. Katanya, tindakan itu berbeza dengan Kit Siang dan kepemim­pinan DAP yang hanya mengikut nafsu bagi mencapai kehendak serta kepentingan peribadi.

“Saya memberi ama­ran kepada Kit Siang supaya tidak me­rosakkan nama Nik Abdul Aziz kerana jika Tuan Guru masih hidup, beliau akan menjadi orang pertama yang menyokong pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

 “Nik Abdul Aziz juga akan menjadi orang pertama yang menentang DAP ekoran serangan bertubi-tubi parti itu terhadap agama Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 Kit Siang hari ini dilihat cuba meraih simpati daripada penyokong Pas dengan memainkan sentimen melibatkan Nik Abdul Aziz dan mendakwa politik ‘nakal’ yang dimainkan pemimpin Pas pada masa ini pasti tidak akan terjadi sekiranya tokoh itu masih hidup.

 Tegas Mohd. Khairuddin, kepemimpinan Pas hari ini di bawah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih sama seperti dahulu kerana beliau turut merujuk al-Quran dan sunah.

 “Rujukan dan sokongan ahli Pas di peringkat akar umbi adalah berdasarkan al-Quran dan sunah, bukan manusia. Jadi, jika pemimpin itu tidak mengikut dua kitab ini, Pas akan terus membuangnya.

 “Sebab itu, kita memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP dan PAN kerana mereka menentang agama Islam serta menye­rang Pas secara bertubi-tubi,” katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.