..

..

AHLI PAS DESAK DAP & GUAN ENG HENTI CAMPUR TANGAN TENTANG FATWA

on Saturday, March 4, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Bantahan ahli PAS di Kepala Batas semalam memberi signal amaran  kepada Guan Eng dan kerajaan DAP bahawa tindakan mereka campur tangan tidak disenangi umat Islam negeri ini.

 semasa kerajaan BN memerintah tiada kedengaran hal ini , sewajarnya kini suatu tekanan perlu diberikan kepada kerajaan DAP  agar dihentikan campur tangan ini khususnya isu fatwa.

Ahli dan kepimpinan PAS negeri ini nampaknya kini  sudah berani membantah  tindak tanduk DAP  dalam hal ehwal Islam bila mereka tidak bersama lagi dalam Pakatan Harapan. Jika dulu mereka mendiamkan diri kerana takut hilang jawatan kini sudah sebaliknya .

 Kita tunggu dan lihat apa respon sekutu tegar DAP iaitu PKR & PAN  tentang bantahan ini ?






Kira-kira 50 ahli PAS mengadakan bantahan singkat selepas solat Jumaat bagi mendesak kerajaan Pulau Pinang berhenti campur tangan dalam hal ehwal Islam, khasnya berhubung fatwa.

Mereka berkumpul di Masjid Jamiul Al-Badawi di Kepala Batas, bagi menggesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan pemimpin DAP lain berhenti campur tangan dalam pengeluaran fatwa dengan serta-merta.

Mereka turut memegang kain rentang tertera gambar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan perkataan “Musuh Islam dan Musuh PAS” serta “Jangan kurang ajar dengan Melayu Penang”.

Protes itu berlangsung selama 10 minit sebelum peserta bersurai secara aman. Jurucakap PAS Kawasan Kepala Batas, Azmi Man berkata, ahli parti dan umat Islam sangat terganggu dengan kerajaan negeri yang didakwa campur tangan dalam hal ehwal Islam.



 Isu campur tangan fatwa negeri itu julung kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa di Pulau Pinang terpaksa mendapat kelulusan mesyuarat exco yang dipengerusikan Lim. Afnan berkata, semua fatwa hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan negeri tiada hak dalam pewartaan fatwa.

Dakwaan Afnan itu kemudiannya disokong seorang ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri dan Lim bagaimanapun menafikan sebarang bentuk campur tangan.

 Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, PAS Pulau Pinang akan menyokong seruan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak berhubung dengan DAP dan Amanah.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.