..

..

ABANG JAI JANJI KEPALA BATAS KERUSI BN BOLEH MENANG @NajibRazak @ReezalMerican @dzainalabidin @RRafizal

on Monday, March 6, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


1.  Keyakinan Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican @ Abang Jai terhadap pengundi di Parlimennya untuk terus jadi ' Kerusi boleh menang '  BN bukan cakap kosong. 
2.  Sejak memenangi  kerusi Parlimen ini di PRU13 dengan majoriti lebih 4 ribu ini , beliau terus berkhidmat & menjaga kebajikan   rakyat  dan sentiasa   berada hujung minggu di Kepala Batas . Malah 3 orang Adun UMNO   iaitu Pinang Tunggal , Bertam , dan Penaga  juga aktif membantu beliau menyelesaikan masalah rakyat di sini walaupun di negeri pembangkang. 
3. Jadi , tak mustahil   DNA Kepala Batas sentiasa didominasi DNA UMNO  walaupun pelbagai cara dan strategi dilakukan kerajaan DAP untuk menembusi kubu kuat BN ini . 
4.  Bagi GPB , tiada masalah dalaman sangat di sini untuk UMNO menghadapi PRU14  , cuma  UMNO Kepala Batas perlu melipatgandakan usaha melalui jentera parti untuk memastikan DNA UMNO terus dalam hati dan minda rakyat di parlimen ini . 



KEPALA BATAS -  Umno akan memastikan kerusi Kepala Batas kekal menjadi ‘kerusi boleh menang’ untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau yakin Umno mampu mempertahankan kerusi di Kepala Batas kerana ‘DNA Umno’ sangat ketara di kawasan itu.
“Di Kepala Batas ini ada satu benda yang boleh dianggap signifikan. Saya sebut ‘DNA Kepala Batas’ yang menjadi rangkuman semua aspek…dengan peranan-peranan yang dimainkan peranan yang begitu dominan.
“DNA Kepala Batas ini boleh saya sebut sebagai DNA Umno ‘dominated’. Sebab itulah kita nak kekalkan supaya dalam kalangan rakyat dapat melihat yang signifikan pada kehidupan mereka adalah Umno dan pemimpin-pemimpinnya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Jentera Jalinan Rakyat Wanita Kepala Batas, di sini hari ini. Turut hadir Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata bagi memastikan kerusi Kepala Batas terus kekal milik BN, jentera parti perlu sentiasa menjalankan program melibatkan sasaran pengundi yang dilakukan secara mikro.
“Kita tak mahu buat program-program yang hanya dilihat ‘output’ tapi yang lebih penting hasilnya,” kata beliau.
Pada pilihan raya umum ke-13, BN memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan 25,128 undi dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Penaga (8,350 undi), Bertam (7,939 undi) dan Pinang Tunggal (9,155 undi).


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.