..

..

TIPU PUNYA DAP , CAKAP KERAJAAN NEGERI SERAP GST KAT KUPON PARKING

on Friday, February 17, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tokong terus berbohong kepada rakyat Pulau Pinang. Beliau mengadakan sidang akhbar mengatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan mengecualikan dan menyerap RM55.19 juta dalam cukai taksiran untuk semua pemilik hartanah dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk semua perkhidmatan di negeri ini tahun ini.
Lim Guan Eng Kerajaan BN Ambil Alih Hutang, Kerajaan DAP Yang Ambil Kredit
Saya sebelum ini telah menegaskan bahawa di bawah AKTA GST, cukai taksiran dan majoriti Perkhidmatan Majlis Tempatan – termasuklah cukai taksiran – dikecualikan daripada GST. (Rujuk sini)
Sebaliknya, sebelum GST dikenakan pada April 2015, beliau meningkatkan cukai taksiran di antara 8.3% dan 9.3% bagi harta bertanah, dan di antara 7.5% dan 8.5% bagi pangsapuri di Pulau Pinang pada Januari 2015. (Rujuk sini)
Hari ini, Tokong penipu itu pergi lebih jauh dan berkata bahawa majlis tempatan Pulau Pinang “juga telah mengetepikan caj GST bagi perkhidmatan, seperti bayaran letak kereta, dan perlu menanggung kos GST sebanyak RM19.36 juta untuk kedua-dua majlis” dan bahawa “kedua-dua majlis sudah mengetepikan caj GST sebanyak RM19.36 juta pada tahun lepas“. (Rujuk Malay Mail Online: Penang to absorb RM55.2m in assessment rates, GST)
Lim Guan Eng Tipu Konon Kerajaan Pulau Pinang Serap GST Cukai Pintu

Pertama Sekali, Ia Adalah Menyalahi Undang-Undang Untuk Mengecualikan GST Sekiranya Ia Dilindungi Di Bawah Akta Itu. Beliau Akan Dipenjarakan Jika Beliau Berbuat Demikian.

Kedua, caj letak kereta yang dikenakan di Pulau Pinang (seperti mana-mana syarikat-syarikat tempat letak kenderaan persendirian) sentiasa termasuk cukai 6%. Sebelum GST dilaksanakan pada 1 April 2015, ia adalah Cukai Perkhidmatan 6%.
Selepas 1 April 2015, ia telah digantikan oleh 6% GST.
Ini telah disahkan oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Ang Aing Thye pada Mac 2015 yang mengatakan bahawa 6% GST sudah dimasukkan dalam caj tersebut, dan pemilik kenderaan boleh terus membeli kupon letak kereta pada kadar semasa. (Rujuk The Star: No hike in parking fee)
Sejak tahun 2013, perkhidmatan tempat letak kereta Pulau Pinang telah pun diserahkan kepada sebuah syarikat swasta dipanggil Alam Indah Sdn. Bhd. dan bukan lagi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Oleh itu GST dicaj kerana ia adalah sebuah syarikat swasta.
Kadar letak kereta iaitu 80 sen selama sejam tidak berubah sebelum dan selepas GST bermula – dengan itu TIDAK ADA PENYERAPAN ATAU PENGECUALIAN mana-mana GST.
Jika Tokong benar-benar masih mahu mendakwa beliau “menyerap” GST maka beliau boleh menambah 3.83 minit lebih untuk setiap kupon letak kereta 80 sen per jam.
Tempat letak kereta juga satu pembohongan terhadap orang ramai. Seorang Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang penipu.
Anda boleh dengar beliau mengulangi pembohongan beliau di sini:


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.