..

..

Switzerland Sahkan Najib Tidak Pernah Disiasat Berhubung 1MDB

on Saturday, February 4, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jurucakap Peguam Negara (OAG) Switzerland, Andre Marty ketika memberitahu Nikkei Asian Review telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disiasat berhubung 1MDB.
Laporan berkenaan sekaligus membuktikan bahawa pembangkang telah berbohong selama ini, apabila mereka memanupulasi rakyat dengan membuat cerita bahawa Najib telah disiasat oleh pihak terbabit.
Persoalan yang timbul, setelah sah bahawa tiada apa pun berkaitan dengan Najib dalam siasatan pihak Switzerland berkenaan 1MDB, apakah pembangkang mahu mohon maaf dan akur? Jawapannya tentu semua sudah tahu. Mereka juga akan memutar belit isu berkenaan dari sudut lain pula.
Dan dengan pengesahan daripada OAG itu juga, adakah kita melihat portal atau blog pro pembangkang serta pro Tun Dr. Mahathir Mohamad akan merujuk penafian pihak Swiss itu?
Jawapannya sudah tentu tidak. Jika mereka jujur, sudah tentu mereka akan akur kepada keputusan pihak luar ini.
1MDB yang telah diputuskan oleh Tun Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib juga telah sampai ke pihak Jabatan Keadilan (DOJ) di Amerika Syarikat. Namun kita tahu semua ini ada kaitan dengan dana yang disalurkan untuk Hillary Clinton ketika beliau bertanding melawan Donald Trump.
Tambah lagi DOJ tidak ada kes pun, tetapi kerana wakil dari pihak Tun Mahathir pergi berjumpa untuk mohon menjadikan ia sebagai kes. Keadaan ini sama seperti pihak media yang dipergunakan oleh ANC yakni kumpulan pembenci Najib Razak.
Ia berbeza dengan Tun Mahathir di mana CIA sendiri mendedahkan mengenai skandal BMF yang dikaitkan dengan pentadbirannya sekitar tahun 80-an dulu. Ia dikeluarkan sendiri CIA tanpa arahan Najib.
Tanpa laporan CIA pun ramai rakyat Malaysia mahu kes berkenaan disiasat termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga sekutu Tun Mahathir hari ini iaitu itu Lim Kit Siang.
Untuk maklumat, Kit Siang sendiri telah menulis dua buah buku berkenaan skandal BMF. Namun Tun Mahathir malu untuk memfailkan saman fitnah ke atasnya, sama seperti buku Malaysian Maverick tulisan Barry Wain.
Wain telah mengandaikan negara kehilangan RM100 bilion di bawah Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Ternyata teori Wain mula mendatangkan lojiknya.
Amat betul tafsiran Wain, ketirisan dan kaedah mencuri wang negara berlaku dengan pelbagai taktik sehingga ia tidak kelihatan seperti dicuri.
Kes ``bailout'' melibatkan RM9 bilion lesap kepada PERWAJA. Apakah yang telah dibeli dan digunakan sehingga RM9 bilion tetapi Perwaja masih tidak ok lagi?
Begitu juga dengan perjudian FOREX, ia kelihatan sebagai silap langkah dan salah cara, tetapi wang tetap lesap sehingga RM90 bilion. Persoalannya, betulkah silap langkah atau kerugian?
Apa pun jawapan Tun Mahathir, ia tetap tidak boleh digunapakai kerana jawapan itu umpama mahu melepaskan diri dan tidak disahkan oleh mana mana pihak apatah lagi Tun Mahathir sekarang sudah pun dikenali sebagai Mr U-Turn.
Untuk peringatan, isu 1MDB sudah disiasat secara rasmi oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan anggotanya adalah di kalangan pembangkang sendiri iaitu Tony Pua dan Tan Seng Giaw dari DAP. Wakil dari PAS iaitu Datuk Takiyuddin Hassan juga ada.
Tidak seperti skandal-skandal pada zaman Tun Mahathir, ahli penyiasat dipilih sendiri dan laporan siasatan menjadi rahsia. Berbalik kepada topik kita, ada juga yang berpendapat, jika pihak Swiss dan DOJ menyiasat pun elemen yang diperlukan tetap tidak ada, iaitu bukti sahih.
Namun itulah yang sengaja dijaja dan dimanipulasi oleh pembangkang terutama Tun Mahathir dengan alasan “Najib harus undur sebab sudah kena siasat oleh pihak Swiss dan DOJ”.
Tapi pelik juga Tun Mahathir yang dikaitkan dengan pelbagai skandal tetap menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.
Inilah contoh cakap tidak serupa bikin, untuk diri sendiri terpalit pelbagai skandal pun mahu terus bergayut dengan kuasa, yang baru bertaraf “hearsay” dan tidak ada bukti pula disuruh undur.
Apa pun tidak semua pihak berani mendakwa kerana mereka tahu di mahkamah perlu bukti konkrit dan sahih, bukan andaian apatah lagi “counter sue” menunggu mereka apabila habis kes. Itulah sebabnya Tun Mahathir takut untuk mendakwa.
Tulisan :
Beruang Biru
BB264, Jumaat
3 Februari 2017


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.