..

..

SULTAN JOHOR BERI AMARAN JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN JOHOR #MahathirMudahLupa

on Thursday, February 23, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memberi amaran kepada ahli politik luar supaya tidak tunjuk pandai dan mencampuri urusan negeri ini. 


Baginda bertitah, jangan cuba menakut-nakut serta mengelirukan rakyat Johor dengan cerita dongeng yang direka-reka sehingga masyarakat berpecah-belah.

 "Nasihat saya kepada pemimpin politik luar yang zamannya sudah berlalu ini, cukup-cukuplah, jangan sibuk jaga tepi kain orang tetapi kain sendiri tidak terjaga.


 "Dulu sindir orang kata Melayu mudah lupa, tapi kini dah boleh duduk semeja dengan pembangkang. Sekarang dia pula lupa atau mungkin dah nyanyuk agaknya.


 "Selagi memerintah, saya akan terus pertahankan Johor, apatah lagi saya sudah dididik untuk jaga negeri ini sejak kecil. 



"Tak akanlah saya nak menganiaya rakyat negeri sendiri,"



Sultan Ibrahim seterusnya bertitah menasihatkan orang luar tersebut supaya lebih mengutamakan hal sendiri daripada menjaga hal orang lain.

“Nasihat saya pada dia. cukup-cukuplah. Dunia ini ada siang dan malam, bukan boleh siang berterusan.
“Jangan sibuk jaga tepi kain orang, lebih baik betulkan kain sendiri yang telah reput dan koyak. Orang kata ‘the best business is mind your own business’.


“Selagi saya memerintah, saya akan terus mempertahankan negeri Johor dan saya berharap semua rakyat bersama saya,” titah baginda   ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, dekat sini, hari ini. Berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, yang tiba di galeri berkenaan jam 9.55 pagi. Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 



Sultan Ibrahim turut mengucapkan syabas kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali serta Jabatan Peguam Negara kerana berjaya menemui bukti baharu berkaitan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca). 


Baginda bertitah Pulau Batu Puteh perlu diperjuangkan kerana ia adalah kedaulatan negara yang perlu dipertahankan. "Saya masih ingat pesan Almarhum Sultan Iskandar Ismail, yang bertitah bahawa Pulau Batu Puteh milik Johor.


 "Walaupun kecil, setiap incinya perlu dipertahankan demi kedaulatan negara kita. "Saya minta semua rakyat terus berdoa supaya kita beroleh kejayaan dalam semakan kehakiman yang dibuat di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," titah baginda.


One Response

  1. Anonymous says:

    Hidup Bersatu..
    Rakyat sentiasa sokong..selamatkan malaysia

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.