..

..

SAYANG P.PINANG KEMPEN TERDESAK GUAN ENG PALING BANGANG

on Monday, February 6, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





- Terdesak sungguh kempen Saya Sayang P.Pinang dibuat Guan Eng dan kerajaan DAP kononnya untuk menentang cadangan Ku Nan untuk jadikan negeri ini Wilayah Persekutuan .


- Sebenarnya mereka tahu bukan mudah untuk laksanakan tetapi mereka jadikan ia sebagai  perisai untuk pertahan kerajaan DAP di PRU14  yang semakin goyah  ekoran tuduhan rasuah Ketua Menteri di mahkamah serta tidak membela orang Melayu di negeri ini . 


- Jika kita lihat latar belakang pemimpin DAP yang bercakap tentang Sayang Pulau Pinang sebenarnya bukannya  lahir di negeri ini  
 Seperti kata Datuk Huan PCM dan Datuk Seri Zainal Abidin Osman , penduduk asal P.Pinang tak perlu orang luar ajar sayang negeri ini .

- Kalau Guan Eng dan konco-konconya betul2 nak ajar sayang Pulau Pinang mereka tak   import MP DAP dari negeri lain untuk dilantik Board Of Director GLC di Pulau Pinang. 


Malah selama 8 tahun pentadbiran DAP yang lebih mengutamakan keuntungan dengan menjual tanah negeri kepada pemaju hartanah, pastinya akan berakhir.  Penjajahan DAP terhadap kampung-kampung tradisional melayu, penambakan laut yang tidak terkawal sehingga mengancam kehidupan nelayan serta alam sekitar, dan juga pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang juga akan dapat dihentikan.Inilah yang sangat ditakuti oleh Guan Eng dan juga DAP negeri Pulau Pinang. 


- Sebab itulah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sedaya upaya menghasut rakyat agar menolak cadangan berkenaan.





GEORGE TOWN: Sambil menyifatkan Lim Guan Eng seorang “ketua menteri dari Melaka”, Umno berkata penduduk Pulau Pinang menyayangi negeri mereka dan tidak perlu tunjuk ajarnya.
Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, semua penduduk sayang kepada negeri kelahiran, tempat tinggal dan tempat kerja mereka.

“Semangat sayang kepada negeri tak perlu diajar seorang ketua menteri dari Melaka.
“Beliau datang sini demi kerja, tapi kami yang berasal dari Pulau Pinang mahu yang terbaik untuk negeri ini,” katanya sambil menyindir Lim yang menghabiskan masa bertahun-tahun di Melaka sepanjang kerjaya politiknya.

Semalam, Lim mencadangkan kempen “Saya Sayang Pulau Pinang” untuk menentang cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berhasrat menjadikan negeri itu Wilayah Persekutuan.

Cadangan itu dikecam parti pembangkang dan sekaligus menjadikan ia senjata Pakatan Harapan bagi menentang Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Zainal berkata, untuk sebuah negeri menjadi Wilayah Persekutuan bukan proses mudah kerana ia membabitkan Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk Pulau Pinang tidak terpengaruh dengan isu itu sehingga menimbulkan kebencian terhadap kerajaan pusat


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau betul sayang Pulau Pinang, sila kembali ke pangkuan Kedah dan jadikan sultan Kedah sebagai ketua negeri.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.