..

..

RUMAH MAMPU MILIK : JAGDEEP & DAP PERLU MASUK KELAS BERLAJAR MENGIRA - @azizisafar

on Thursday, February 9, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




KEPALA BATAS, 8 Feb – Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar berkata, Jagdeep Singh Deo perlu mengikuti kelas belajar mengira kerana kenyataannya berkaitan jumlah perumahan mampu milik di Pulau Pinang mengelirukan kerana angkanya berbeza-beza.

Jelasnya, sudah dua kali kenyataan media yang diberikan oleh Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan Negeri Pulau Pinang itu memberikan angka yang berbeza-beza berkaitan rumah mampu milik di negeri tersebut.
“Pada 14 Mac 2016 dilaporkan Jagdeep Singh sebagai berkata ‘Dalam tempoh 2008 hingga 2015, sebanyak 8,092 unit rumah mampu milik berharga RM42,000 (dahulu dikenali Kos Rendah) dan sebanyak 8,107 unit rumah mampu milik berharga RM72,500 (dahulu dikenali Kos Sederhana Rendah) dibina di Pulau Pinang’.
“Baru-baru ini pula dia kata jumlah rumah kos sederhana rendah hanya 6,266 unit sahaja sedangkan tahun lepas berjumlah 8,107 unit… Mustahil rumah kos sederhana rendah ini boleh hilang atau lesap dalam tempoh tidak sampai setahun?
“Kenyataannya baru-baru ini juga mengatakan bahawa jumlah rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah yang telah disiapkan sehingga kini adalah 15,889 unit sedangkan tahun lepas berjumlah 16,199 unit…. Mana satu yang betul,” 
Tambah Azizi, Jagdeep sebagai Exco perumahan perlu lebih telus dalam mengeluarkan kenyataan media berkaitan angka agar ia tidak mengelirukan rakyat.
“Takkan kerajaan negeri yang mengaku sangat kompeten kira bilangan rumah pun boleh silap atau bila sudah didedahkan begini, mereka akan salahkan media pula salah lapor angka,” katanya sinis.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Dap silap berkaitan angka.
Sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku ralat dan membuat kesilapan dalam mengumumkan projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah IKEA di Batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600.
Guan Eng juga pernah mengakui berlaku masalah ‘silap taip’ mengenai kos pembinaan projek terowong dasar laut beserta tiga rangkaian lebuh raya yang dirancang oleh kerajaan Dap Pulau Pinang.
Selain itu, isu silap kira undi selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu juga masih menjadi isu sehingga kini. 


One Response

  1. Wenny FM says:

    Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.