..

..

PRK TANJONG DATU : CALON BN BAKAL MENANG TANPA BERTANDING ?

on Thursday, February 2, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Calon BN PRK Tanjong Datu Puan Sri Jamilah Anu , balu kepada Tan Sri Adenan Satem telah diumumkan sebagai calon semalam . 

PKR Sarawak sebelum ini mengumumkan tidak akan bertanding di PRK Tanjong Datu dan ia memungkinkan calon BN ini bakal menang tanpa bertanding. KLIK DI SINI




KUCHING - Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebulat sua­ra memilih balu kepada Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu, 62, sebagai calon mewakili parti itu untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 18 Februari ini.

 Jamilah Anu Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pemilihan Jamilah sebagai calon untuk mempertahankan kerusi disandang oleh arwah suaminya, dipersetujui oleh semua ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat akar umbi, para pe­mimpin parti komponen BN negeri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Presiden PBB berkata, Jamilah paling sesuai menjadi calon di kawasan berkenaan kerana sentiasa ada bersama Allahyarham sepanjang menjadi wakil rakyat di situ dan diyakini mampu meneruskan tugas yang diamanahkan oleh arwah suaminya sebelum ini.

 “Hari ini, saya telah mengadakan mesyuarat dengan pihak kepemimpinan PBB, diikuti mesyuarat bersama pemimpin PBB kawasan Tanjong Datu dan rakan-rakan dari­pada parti komponen BN bagi membincangkan mengenai PRK DUN Tanjong Datu.

“Selepas perbincang­an dengan seluruh kepemimpinan PBB dan BN, kami memutuskan bahawa calon mewakili BN untuk PRK DUN Tanjong Datu ialah Puan Sri Jamilah,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mesyuarat di Ibu pejabat PBB, Jalan Bako di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sebagai insan yang selalu menemani Adenan melawat kawasan, Jamilah cukup kenal dan rapat dengan masyarakat berbilang kaum serta agama di DUN Tanjong Datu. Justeru ujar beliau, pihaknya yakin sebagai mana sokongan kepada Adenan, begitu juga akan diberikan oleh pengundi kawasan itu kepada Jamilah pada PRK kali ini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.