..

..

P.PINANG SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN MAMPU BANTU MELAYU MILIKI RUMAH SENDIRI

on Tuesday, February 7, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Umum sudah mengetahui bahawa harga rumah di Pulau Pinang kini merupakan yang paling tinggi didalam negara. Rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak muda lepasan Pusat Pengajian Tinggi sering meluahkan rungutan berkenaan ketidakmampuan mereka untuk memiliki rumah sendiri walaupun sudah lama berkerja.
Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO), harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal didalam negara dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.
Trend harga rumah yang terlalu tinggi di Pulau Pinang ini bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pula mendedahkan bahawa pemaju di Pulau Pinang pula hanya berminat untuk membina rumah mewah bagi mengaut keuntungan, berbanding membina rumah mampu milik yang diperlukan oleh kebanyakan penduduk negeri.
Kajian berkenaan turut mendedahkan bahawa rumah mewah di negeri ini dibina bagi memenuhi permintaan pelabur asing dan juga spekulator luar, bukannya dibina untuk keperluan rakyat Pulau Pinang.
Ini yang menyebabkan cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan seperti Putrajaya dan Labuan dilontarkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor beberapa hari lalu.
Menurut Bernama, Tengku Adnan berkata beralih Pulau Pinang sebagai wilayah persekutuan boleh membantu menjadikan pemilikan rumah mampu milik.
Beliau juga mengataan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang bertanggungjawab membenarkan harga rumah di negeri ini meningkat mendadak dan tidak melakukan sebarang usaha bagi menangani rintihan rakyat yang mahukan rumah mampu milik.
“Jika BN boleh melakukannya, pasti kerajaan Pulau Pinang juga boleh melakukannya. Saya terkejut dengan tindak balas DAP,” ujar beliau
“Skim rumah mampu milik BN telah memastikan bahawa pemaju tidak sewenang-wenangnya menetapkan harga yang tinggi..” jelas beliau ketika menjelaskan polis kerajaan BN didalam menangani isu kenaikan harga rumah.
Jika cadangan menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan menjadi realiti, rakyat Pulau Pinang dijanjikan harga rumah yang berpatutan dan pemilikan rumah yang lebih mudah berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan DAP sekarang ini. – Utaranews.com


One Response

  1. Anonymous says:

    melayu kl dah beli rumah ke tak?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.