..

..

PENDUDUK PANGSAPURI BANTAH PROJEK TAMBAK DILULUSKAN KERAJAAN DAP

on Monday, February 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Penduduk Pangsapuri Baystar di sini masih tidak berpuas hati dengan kerja penambakan laut yang dijalankan di bahagian belakang kediaman mereka.

Mereka mendakwa, projek tidak mendapat persetujuan penduduk  sejak tahun lalu bagi membangunkan kondominium terdiri dari 2,000 unit rumah.

Penduduk Pangsapuri Baystar, C Sucitra berkata, setiap hari, dia terpaksa menutup tingkap rumahnya dengan langsir bagi mengelakkan habuk masuk ke rumah.


"Saya menetap di pangsapuri ini sejak dua tahun lalu tapi mula berasa tidak selesa sejak projek itu dijalankan.

“Masalah kami sekarang adalah bunyi bising dan habuk. Saya dan anak-anak kerap mengalami batuk-batuk kerana kediaman saya berhadapan tapak projek.

“Persoalannya, adakah ini yang dimahukan kerajaan negeri? Mereka sering mengatakan Pulau Pinang bersih dan hijau. Tetapi mengapa meluluskan projek seperti ini? Jelas ia bukan menghijaukan lagi, tetapi memusnahkan alam sekitar. Saya mohon pihak berkuasa prihatin dengan isu ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini, penduduk di kawasan itu telah membuat bantahan dan aduan namun tiada maklum balas dari pihak berkuasa dan kerajaan negeri.

Sementara itu, S Geeta berkata, kali terakhir pihaknya membuat aduan di laman web Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), e-aduan MBPP adalah pada 14 Januari lalu.

"Sehingga kini, tiada maklum balas dari kerajaan negeri mahupun MBPP.

“Sebelum ini, mereka minta penduduk buat aduan secara formal dan ikut prosedur. Kita dah ikut, tetapi mengapa masih tiada maklum balas dari mereka? Penduduk terseksa dengan bunyi bising dan habuk, tetapi masalah ini tidak pernah diambil peduli,” katanya.


KOMEN GPB

Kerajaan DAP cakap tak serupa bikin ... kononnya  Penang Cleaner, Greener tapi luluskan projek merompak alam sekitar.   GPB hairan bagaimana  Kebenaran Merancang diluluskan MBPP walaupun mendapat bantahan penduduk sekitar yang juga mempunyai hak mereka membantah . 

 Apa tindakan JAS P.Pinang ?? Adakah mereka juga memberi surat sokongan untuk projek tambak ini ?  



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.