..

..

PEMUDA UMNO DESAK KERAJAAN TUBUH RCI SIASAT SKANDAL FOREX 1991

on Tuesday, February 7, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Tindakan Pemuda UMNO hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pendedahan yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid memang dialu-alukan.
Ini keranan kita sebagai generasi muda sekarang perlu tahu apa cerita sebenar yang kini viral di media sosial  tentang skandal kerugian terbesar dilakukan Bank Negara Malaysia ke tahap muflis pada tahun 1991 .
Jika isu 1MDB  boleh disiasat oleh pasukan POLIS , SPRM , Audit Negara serta PAC ,  isu skandal Forex yang menyebabkan Bank Negara ke tahap muflis zaman Tun Mahathir ini wajar dibuka semula siasatan . 


Naib Ketuanya, Senator Datuk Khairul Azwan Datuk Harun berkata pihaknya mengambil serius terhadap pendedahan mengenai kerugian mega besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
“Justeru, Pemuda UMNO mendesak pihak kerajaan agar RCI ditubuh segera untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa Bank Negara telah muflis pada tahun 1991.
“Dan ianya juga untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa telah wujud satu usaha bagi menutupi fakta atau cover up terhadap ‘Forex Trading Exposures’ sebanyak USD150 billion dan ‘Forex Trading Loss’ yang melebihi USD30 billion,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.
Azwan seterusnya menambah pergerakan itu juga mahu siasatan dilakukan ke atas kedudukan kewangan Bank Negara sama ada kerugian sebenar Bank Negara pada waktu itu adalah jauh lebih tinggi daripada kerugian yang telah diumumkan dalam laporan akaun sepanjang tahun 1991.
“Tindakan cover up ini dianggap satu jenayah yang perlu disiasat melalui penubuhan RCI bagi mencari mereka yang telah memanipulasi dan menyebabkan Bank Negara Malaysia muflis pada tahun 1991,” tegasnya. –MediaUMNO


3 Responses

  1. Anonymous says:

    puiiih..skandal panglima bugis tak serius ke? rakyat malaysia nak tahu jg apa ceritanya. Tubuh jg RCI ( itu pun kalau ada telurlah)

  2. Anonymous says:

    Parti Bangsat!!!

    Kenapa tak desak kerajaan Be-End tubuh RCI siasat Lanun Bugis Penyamun Antarabangsa yang diiktiraf merata Dunia??!!!

    Parti Korup dan Kleptokrasi!!

  3. Anonymous says:

    Madey sudah kata no hal kalau nak tubuh RCI...tapi yg pasti tak ada duit masuk akaun sesiapa...dedak dedak UMNO ada berani ke nak buat sama dgn kes 1MDB...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.