..

..

PAYA BAKAU DIMUSNAHKAN WALAUPUN BANYAK BANTAHAN DIBUAT - CAP

on Tuesday, February 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal apabila hutan paya bakau di Pulau Pinang terus dimusnahkan walaupun banyak bantahan dibuat oleh orang ramai khususnya golongan nelayan. Terbaharu, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal negeri itu telah dimusnahkan bagi memberi laluan kepada projek tambak laut di kawasan berkenaan. 

Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Pulau Pinang tidak begitu serius dalam menjaga alam sekitar dan kehidupan rakyat terutama nelayan di negeri ini. 

 Mengulas gesaan Persatuan Nelayan Tanjung Tokong yang meminta kerajaan negeri menjelaskan perkara tersebut, CAP berpendapat hutan-hutan paya bakau di negeri itu sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal kerana khazanah alam semula jadi itu sedang diancam kepupusan. 

Berdasarkan tinjauan CAP, beratus-ratus hektar kawasan hutan paya bakau di Pulau Pinang telah dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur. Tindakan itu dikhuatiri menjejaskan pendapatan beribu-ribu nelayan ekoran kemusnahan tempat pembiakan hidupan laut selain ancaman pencemaran. 

 Apa pun CAP berharap pihak pemaju mengambil tindakan segera untuk menanam semula pokok bakau di kawasan yang telah ditebang bagi mengekalkan alam semula jadi dan sumber perikanan untuk kelangsungan hidup masyarakat nelayan serta generasi akan datang. Hakikatnya, projek tambak laut untuk pembangunan Seri Tanjung Pinang 2 hanya membawa banyak masalah kepada nelayan tempatan lebih-lebih lagi dengan musnahnya hutan bakau sekali gus musnahnya lokasi pembiakan ikan.  

S.M MOHAMED IDRIS
 Presiden CAP


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.