..

..

NELAYAN NAK LAPOR SPRM, PUKAT KERAJAAN P.PINANG TIADA KUALITI @RRafizal @dzainalabidin

on Monday, February 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Exco Kerajaan DAP YB Afif Bahardin wajar bertanggungjawab di atas bantahan  pukat tidak berkualiti diberikan kerajaan negeri kepada nelayan .

 Siapa syarikat pembekal dilantik ? Tak kan supply pukat pun bocor juga . 

Kesian la kepada nelayan , sudahlah kerajaan DAP nak pi tambak kawasan lubuk tangkapan ikan mereka kini agihan pukat pun nak songlap dan pilih kasih . 

Minggu lepas nelayan Kuala Muda, Parlimen Kepala Batas protes sebab hanya 60 orang sahaja diberikan bantuan pukat sedangkan terdapat 190 lebih lagi nelayan tidak diberikan bantuan. 




Nelayan di Kuala Sungai Burung di sini kesal dengan tindakan syarikat pembekal yang dilantik kerajaan Pulau Pinang kerana gagal mengagihkan pukat berkualiti kepada mereka.

Wakil nelayan Abdul Malik Man, 60, mendakwa syarikat swasta baharu yang dilantik oleh kerajaan negeri mengagihkan pukat jenis benang yang tidak berkualiti berbanding pukat tangsi yang diterima sebelum ini.

"Pada 2014, 2015 dan awal 2016, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang Selatan yang agih pukat tangsi jauh lebih berkualiti berbanding pukat benang yang diagihkan syarikat swasta ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu mereka menggesa kerajaan negeri segera menyiasat syarikat pembekal pukat yang mengedarkan pukat tidak berkualiti seperti yang dijanjikan.

"Kami hanya dapat guna pukat benang ini hanya sekali sahaja kerana kualitinya tidak elok berbanding pukat tangsi yang jauh lebih tahan," katanya.

Abdul Malik turut mempersoal tindakan syarikat pembekal pukat yang mengagihkan pukat tangsi kepada sesetengah nelayan sahaja dan bukan secara menyeluruh.

"Kerajaan negeri akan beri pukat tangsi apabila mereka mengadakan program agihan pukat, tetapi bagi yang tidak hadir mereka hanya dapat pukat benang dari syarikat yang dilantik.

"Pukat benang ini murah dan kami persoal ke mana perginya peruntukan dana kerajaan negeri melalui syarikat ini iaitu kira-kira RM500,000," dakwanya.

Beliau berkata jika isu itu tidak diselesaikan segera, mereka akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Abdul Malik turut menyatakan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 13 Feb lalu.

-- BERNAMA


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.