..

..

MP & ADUN DAP MELAKA LETAK JAWATAN HANTAR SIGNAL KEPADA GUAN ENG

on Monday, February 13, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Rupanya bukan Menteri Kabinet Najib yang letak jawatan seperti ditipu Azmin   tetapi wakil rakyat DAP di Melaka yang membuat kejutan hari ini .

Apa cerita ini DAP dan Pakatan Harapan ?  Target Mahathir dan PPBM adalah untuk menawan negeri Melaka di PRU14 daripada tangan BN .

Hari ini 4  pemimpin negeri dari DAP memutuskan untuk keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kecewa dengan pucuk pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang.

Ini hanyalah permulaan dan dijangka ramai lagi akan berbuat demikian . 

Puncanya ialah kerana marah dan tidak puas hati kepada Guan Eng dan Kit Siang yang bekerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM . Ini  sebenarnya hanyalah  rentetan amaran  diberikan oleh Shamser Singh yang membidas kerjasama DAP dengan Tun Mahathir - PPBM tahun lepas  dan kini ia telah berlaku mengejutkan Guan Eng di KOMTAR. 

Pemimpin DAP keluar parti kerana kerjasama dengan PPBM  membuktikan parti itu mempunyai masalah dalaman cukup KRONIK yang selama ini disembunyikan mereka . 

Ini kerana diketahui umum segala keputusan parti ditentukan Dinasti Lim termasuk hubungan bersama PPBM dalam Pakatan Harapan. Jadi , mereka merasakan hubungan dengan PPBM ini mengulangi episod sama dengan PAS yang attack mereka hari ini  di mana semasa PRU14  parti itu telah menang banyak kerusi disebabkan undi kaum Cina yang bersama DAP . 

Apa komen Guan Eng mengenai tindakan  keluar parti ini ? Mahu menuduh ini semua angkara BN ? 

Sewajarnya mereka melihat sebab utama mereka bebuat demikian . Jika tidak hanya sekadar memalukn lagi Guan Eng dan Kit Siang ?  






Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
“Selepas beberapa pertimbangan diambil,dengan rasa kesal saya menyatakan sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng dan kepimpinan tertinggi dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.
“Saya juga tidak boleh menerima dengan politik yang DAP ambil,” katanya seperti dilaporkan NST, hari ini.
Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.
Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.
Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain.
Di fahamkan dalam masa yang terdekat ini terdapat ramai lagi pimpinan DAP akan keluar dari parti tersebut dan sebahagian dari mereka kebanyakannya tidak setuju DAP mengadakan kerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.