..

..

KIT SIANG PATUT SOKONG TASK FORCE SIASAT SKANDAL FOREX & BNM

on Saturday, February 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




TASK FORCE DITUBUHKAN BERDASARKAN PRINSIP PERUNDANGAN
PUTRAJAYA – Penasihat DAP, Lim Kit Siang seharusnya menjadi orang pertama yang menyokong penubuhan pasukan petugas (Task Force) yang dipersetujui oleh Kabinet semalam. Hal ini demikian kerana beliau begitu lantang di Dewan Rakyat dengan mengemukakan pelbagai usul termasuk mencadangkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara pada sekitar 1990-an.
2. Justeru, ini adalah peluang terbaik untuk Lim Kit Siang membuktikan bahawa usul yang dibawa pada tahun 1993 dan 1994 berkaitan isu ini di Dewan Rakyat itu berasas. Beliau seharusnya tampil ke depan untuk membantu Task Force ini dalam meneliti semua fakta-fakta yang berkaitan. Atau adakah beliau telah mengelirukan Dewan pada masa itu?
3. Lim Kit Siang sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, seharusnya menyokong usaha Kerajaan dan bukannya mempolitikkan perkara ini. Malah kecenderungan beliau untuk berubah-ubah prinsip serta pendirian memperlihatkan sikap tidak konsistennya dan wajar dinilai oleh penyokong-penyokong DAP.
4. Keputusan Kabinet menubuhkan Task Force itu membuktikan yang kerajaan sentiasa terbuka dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan negara. Kerajaan akan tetap berpegang kepada prinsip rule of law dalam menyiasat apa-apa perkara untuk memastikan tiada sebarang penyalahgunaan dan penyelewengan dalam tadbir urus negara. Kerajaan BN juga sentiasa bersandarkan kepada prinsip keadilan seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty). Oleh yang demikian, Task Force ini akan meneliti dan menilai perkara ini berdasarkan keterangan-keterangan sebelum sebarang tindakan lanjut diputuskan.

DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
17 Februari 2017


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.