..

..

KERJASAMA DENGAN UMNO MUDAH BERBANDING DAP BELA KEPENTINGAN ISLAM - MURSYIDUL AM

on Tuesday, February 7, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Mursyidul Amnya, Hashim Jasin berkata, ini terbukti apabila parti yang menunjangi kerajaan itu boleh bekerjasama dengan Pas dalam isu membabitkan kepen­tingan Islam seperti pembelaan etnik Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah).
Berbeza DAP, katanya, parti itu mempunyai sikap yang begitu keras terhadap Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan agama itu di negara ini.
Kita (Pas) harus mengakui mereka (UMNO) adalah kelompok orang Islam yang masih boleh dimanfaatkan untuk membela Islam seperti isu Rohingya, Palestin dan pindaan Akta 355 juga.
“Ini berbanding dengan DAP yang mempunyai sikap keras terhadap Islam,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan menerusi portal berita parti itu, harakahdaily.net, hari ini.
Menurut Hashim, Pas pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif (1999-2001) dan Pakatan Rakyat (2008-2015), ketika mana DAP bersikap lunak terhadap Islam.
Katanya, terkeluarnya DAP daripada Barisan Alternatif pada 2001 adalah kerana sikap keras mereka terhadap negara Islam manakala pergeseran pada 2015 juga berkait usaha Pas melaksanakan undang-undang syariah di Kelantan.
“Kita mempelajari seni politik Rasulullah SAW yang sangat matang dan kita sepatutnya mengambil pendekatan serupa dalam menjana kemenangan Islam.
“Kita tidak akan biarkan diri kita tersepit atau dipermainkan oleh mana-mana pihak, sebalik­nya kita memanfaatkan kekuatan yang kita miliki untuk tawar-menawar yang memberikan ke­untungan kepada Islam,” katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau pendirian PAS begini dari dulu kan baik utk org Melayu,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.