..

..

KERAJAAN TERUS BERI SUBSIDI KEPADA RAKYAT @NajibRazak

on Saturday, February 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Najib Tun Razak menepis tuduhan sesete­ngah pihak yang mengatakan kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat dengan menghapuskan subsidi yang selama ini mereka nikmati. 

 Tegas Perdana Menteri, kerajaan masih menanggung subsidi setiap tahun, malah jumlahnya semakin meningkat mengikut harga pasaran dunia. Namun, beliau menjelaskan, apa yang lebih penting ialah memastikan subsidi tersebut sampai kepada pihak yang memerlukan.



 “Dalam negara membangun, subsidi dan insentif memainkan peranan penting dalam membantu ekonomi rakyat dan negara. Namun secara asasnya, subsidi adalah untuk golongan yang memerlukan. Sebab itulah subsidi dan insentif hendaklah dibahagikan secara bersasar, bukan menyeluruh. 

 “Pada tahun ini, kerajaan membelanjakan hampir RM10 bilion subsidi dan insentif dalam pelbagai sektor,” katanya menerusi rakaman audio yang dimuat naik dalam laman blog beliau, najibrazak.com, hari ini. Sebelum ini, pihak tertentu mendakwa pengurangan subsidi akan menjejaskan taraf hidup rakyat kerana menurut andaian mereka kuasa membeli pengguna akan jatuh selain menyaksikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. 

 Sedangkan, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi keperluan utama pengguna, sebaliknya mengambil langkah merasionali­sasi subsidi bagi sektor tertentu kerana ia didapati menguntungkan pihak lain dan tidak membantu mereka yang memerlukan. 

 Menurut Perdana Menteri, ke­rajaan juga menyediakan insentif sebanyak RM1.3 bilion dalam sektor pertanian sawah padi untuk menggalakkan pengeluaran hasil padi dan membantu para pesawah. 

 Bagi penoreh getah pula, kata beliau, kerajaan menyediakan subsidi dan insentif sebanyak RM510 juta termasuk Bantuan Musim Tengkujuh. “Untuk para nelayan pula, kerajaan memperuntukkan RM260 juta sebagai elaun sara hidup. Bukan itu sahaja, kerajaan juga menanggung subsidi gas memasak sebanyak RM1.6 bilion untuk tahun ini dan subsidi bil elektrik sebanyak RM124 juta. “Malah pada tahun ini, kerajaan menanggung pampasan tol supaya kenaikan harga tol dapat dielakkan. 

Ini semua dilakukan untuk menyenangkan rakyat dan mengembangkan ekonomi tempatan,” katanya. 

 INFOGRAFIK =========== 

 Jumlah subsidi dan insentif : RM10 bilion 
 Sektor pertanian sawah padi : RM1.3 bilion  
Penoreh getah, bantuan musim tengkujuh : RM510 juta  
Elaun sara hidup nelayan : RM260 juta 
 Subsidi gas memasak : RM1.6 bilion 
 Subsidi bil elektrik : RM124 juta 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.