..

..

FATWA AGAMA ISLAM P.PINANG KE MESYUARAT EXCO DULU CUKUP MENYEDIHKAN

on Thursday, February 2, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dakwaan PAS P.Pinang  tentang hal berkaitan fatwa ke mesyuarat MMK terlebih dahulu sebelum ke YDPA  ternyata sah  dan diakui Mufti P.Pinang iaitu lebih kepada tujuan  " pemberitahuan ". 
4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).
4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK. klik di sini 

Terima kasih kepada PAS yang sebelum ini mendiamkan isu besar ini kerana bersama dalam Pakatan Rakyat kini tampil mendedahkan kepada semua umat Islam apa dibuat kerajaan DAP  . 

EXCO AGAMA MALIK ITIK , RASHID HASNON & AFIF BAHARDIN TERNYATA  HANYA MELAYU BONEKA TUNGGUL dalam mesyuarat MMK dipengerusi Tokong DAP .





Kerajaan Pulau Pinang tidak campur tangan dalam hal berkaitan fatwa, tegas Mufti negeri, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor. Beliau berkata demikian sebagai respons dakwaan Pas yang semua fatwa terpaksa mendapatkan persetujuan Exco Kerajaan Negeri sebelum diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, fatwa Pulau Pinang dibawa ke majlis mesyuarat kerajaan negeri hanya untuk tujuan “pemberitahuan” sebelum ia dihantar ke pejabat penasihat undang-undang negeri untuk diperbaiki susunan ayatnya.
“Ia hanya untuk makluman sahaja. Setakat ini, belum pernah exco menghalang pewartaan fatwa.
“Apabila mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memutuskan untuk mewartakan sesuatu fatwa, maka ia terlebih dahulu dikemukakan ke dalam mesyuarat exco oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Ia kemudian dihantar ke pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk diperbaiki susunan katanya dan selepas itu dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” kata Wan Salim.
Menurut beliau lagi, selepas ia memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong, SUK akan menghantarnya ke Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri untuk tujuan pewartaan.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.