..

..

DAP KANTOI , PENDUDUK PULAU PINANG SEBENARNYA BAYAR LEBIH CUKAI

on Tuesday, February 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang mencanangkan kononnya menyerap cukai pintu untuk semua pemilik harta serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban rakyat kini dipersoal dan menjadi pertikaian.

Perkara itu berikutan pendedahan Kerajaan DAP Pulau Pinang terlebih dahulu menaikkan cukai pintu sebanyak 14.29 peratus atau RM83.40, tiga bulan sebelum pelaksanaan GST.

Pengendali laman blog LSS Report, Lim Sian See mendakwa, penduduk negeri itu pada 2014 hanya membayar cukai pintu berjumlah RM583.80.

Bagaimanapun pada 2015, katanya, iaitu tiga bulan sebelum pelaksanaan GST, cukai pintu itu dinaikkan kepada RM667.20 iaitu bayaran sama yang perlu dibayar penduduk untuk 2016.

Beliau mendakwa, meskipun selepas pengumuman pemotongan cukai pintu enam peratus untuk kesemua hartanah seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, penduduk masih perlu membayar sebanyak RM627.60 iaitu lebih tinggi daripada cukai pada 2014.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang menaikkan kadar cukai pintu sebanyak RM83.40 yang tiada kena-mengena dengan GST dan kemudiannya memberi pengurangan sebanyak RM39.60.

“Tetapi hakikatnya penduduk masih perlu membayar sebanyak 7.5 peratus lebih tinggi daripada cukai pintu asal mereka seperti pada 2014.

“Cukai pintu adalah sepenuhnya dikecualikan GST, ini bermakna sebarang kenaikan cukai itu adalah keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Menerusi laman sosial itu juga, Sian See turut memuat naik resit cukai pintu kediaman di Seberang Jaya di sini yang me­nunjukkan perbezaan jelas harga yang perlu dibayar penduduk dalam tempoh empat tahun bermula 2014 hingga tahun ini.

Guan Eng sebelum ini me­ngumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah selain rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung termasuk hartanah komersial bagi tahun ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.