..

..

TPM UNTUK DAP , TUN M BERBOHONG ATAU GUAN ENG ?

on Friday, January 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Semalam kerajaan BN menerusi  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengorak ke hadapan untuk menjamin  negara di masa akan datang dan rakyat  melalui dasar TN50 telah  berdialog bersama generasi muda belia. 

Tetapi pembangkang di negara ini masih lagi bercakaran untuk berebut kuasa sesama sendiri . Terbaru  Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Menurut beliau , hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.
"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.

Tetapi ia dinafikan oleh DAP menerusi Ketua Menteri P.Pinang bahawa mereka meminta jawatan TPM kepada Tun Mahathir .


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini menafikan parti itu mahukan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Malah, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang itu menegaskan pihaknya tidak pernah berbincang mengenai perkara berkenaan.
"Kami tidak pernah bercakap tentang jawatan dalam kerajaan," kata Lim dalam sidang medianya di George Town hari ini. https://m.malaysiakini.com/news/369824

Siapa yang berbohong sekarang ini ?

Apakah perjanjian sulit sedang dimeterai sesama mereka DAP - PPBM ?

GPB yakin terdapat perjanjian sesama mereka telah dibuat dan kalau tidak Tun Mahathir tidak berani membuat kenyataan demikian .

Bayangkan jika jawatan tertinggi  TPM diberikan kepada DAP , sudah tentu pelbagai dasar dan keputusan isu kerajaan boleh diubah jika Perdana Menteri bercuti seperti mana dulu semasa Tun Mahathir bercuti dan DS Anwar Ibrahim memangku jawatan .

Benarlah apa diperkatakan PM sebelum ini  , di PRU 14 rakyat ada 2 pilihan iaitu mengundi BN yang diketuai UMNO atau  undi Pakatan Harapan  ditunjangi DAP . 


One Response

  1. DAP pernah memerintah Perak walaupun MBnya Melayu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.