..

..

TAK SERIK LAGI RAFIZI HASUT & MEMPERBODOHKAN PENDEPOSIT TABUNG HAJI

on Friday, January 27, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Tindakan Raja Fitnah , Rafizi yang terus menyerang dan menghasut rakyat tentang Tabung Haji dengan spin fakta jelas berniat jahat.  

Seakan-akan tidak serik melakukan dosa biarpun sudah bergelar Haji , beliau terus memperbodohkan rakyat dengan mendakwa TH secara SENYAP-SENYAP telah melupuskan saham dalam sebuah syarikat minyak . 

Apa masalah tindakan dilakukan TH dan niat Rafizi jelas cuba menghasut dan menakutkan pendeposit atas kemampuan dan kredibiliti TH . 

Seorang pengguna facebook bernama Syahir  telah mendedahkan modus operandi Rafizi dalam isu TH ini .


Nampaknya Rafizi Ramli masih belum serik dan insaf walaupun sudah terbukti menganiayai saudara seagama yang termakan hasutan dan dakyah beliau sebelum ini bahawLembaga Tabung Haji kerugian sehingga tidak cukup duit untuk dibayar semula kepada SEMUA pendeposit sekiranya KESEMUA pendeposit Tabung Haji mengeluarkan deposit serentak beramai-ramai.
Kali ini dengan menggunakan taktik yang sama, memetik angka-angka untuk mengagumkan pemuja-muja yang tak ilmu asas perakaunan, Rafizi Ramli fokus kepada tindakan Tabung Haji menjual saham Perisai Petroleum Teknologi Berhad sebuah syarikat minyak dan gas huluan (upstream) dan penyedia perkhidmatan minyak dan gas: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/posts/1397809553586881:0
Apa Rafizi Ramli kata?
"Pada 29 Disember 2016, secara SENYAP-SENYAP Tabung Haji telah melupuskan sebanyak 10.3 juta saham dalam sebuah syarikat minyak bernama Perisai Petroleum Teknologi Berhad (“PERISAI”). Sehari sebelum itu pada 28 Disember 2016, Tabung Haji telah pun menjual 8.8 juta sahamnya di dalam PERISAI."
Saya tak tahu siapa yang Rafizi Ramli nak perbodohkan, Perisai Petroleum selaku syarikat awam tersenarai di Bursa Saham Malaysia mesti melaporkan perubahan material seperti perubahan pegangan saham oleh pemegang saham besar seperti Tabung Haji.
Maklumat perubahan pegangan saham diumumkan di dalam Bursa Malaysia dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang ada capaian internet: http://www.bursamalaysia.com/…/company-announcements/5302965
Jika Tabung Haji secara SENYAP-SENYAP menjual saham Perisai Petroleum bagaimana saya boleh jumpa link dengan maklumat penjualan saham tersebut?
Ini adalah taktik lapuk untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji seolah-olah terdapat urusan pelaburan yang "shady" di belakang tabir yang Tabung Haji cuba sorok.
Kembali kepada persoalan kerugian Tabung Haji di dalam pelaburan syarikat-syarikat minyak dan gas. Tiada siapa jangka harga minyak akan jatuh mendadak pada hujung tahun 2014 sehingga jatuh lebih 70% sepanjang tahun 2015. Warren Buffett, George Soros atau mana-mana pelabur hebat dalam dunia tidak ada seorang pun menjangkakan harga minyak akan jatuh sehingga serendah bawah US$30 setiap tong.
Ini adalah risiko pelaburan yang ditanggung oleh mana-mana badan, agensi, syarikat pengurusan dana dan pelaburan. Yang paling penting secara keseluruhannya Tabung Haji masih mencatatkan keuntungan dan mampu membayar bonus dan bonus haji kepada pendeposit.
Tabung Haji mungkin rugi berpuluh atau beratus juta di melalui pelaburan di dalam sektor minyak dan gas, tetapi Tabung Haji menjana lebih banyak keuntungan daripada sektor lain selain minyak dan gas. Itu lah pentingnya mempelbagaikan (diversify) pelaburan dan bukan hanya menumpukan pelaburan pada suatu sektor atau aset dan instrumen sahaja.
Begitu juga analisis Rafizi Ramli yang menumpukan hanya kepada satu sektor dan mengabaikan pencapaian pelaburan keseluruhan Tabung Haji. Analisis bersifat amatur dengan memetik sedikit angka-angka untuk mengagumkan orang ramai adalah taktik biasa Rafizi Ramli yang patutnya orang ramai dah baca.
Kerugian pelaburan tidak bermaksud ada berlaku salahlaku, penyelewengan, ketirisan seperti digambarkan Rafizi Ramli, jika memang ada wang Tabung Haji disonglap, dicuri atau dirampok sesiapa eloklah dedahkan berserta bukti, bukannya dedahkan apa yang sudah sedia umum dan boleh menjadi tatapan sesiapa sahaja.
Sudahkan anda semua semak akaun Tabung Haji anda? Ada duit anda berkurang (tak termasuk pengeluaran sendiri)? Ada Tabung Haji gagal bayar bonus kepada anda?
Dulu saya pernah terangkan bahawa deposit Lembaga Tabung Haji DIJAMIN oleh kerajaan persekutuan. 100% dijamin mengikut undng-undang negara di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10210575810249480?match=dGFidW5nIGhhamksc3lhaGlyLHRhYnVuZyxoYWpp
Sekiranya Tabung Haji tak mampu membayar apa apa deposit kepada pendeposit kerajaan akan menanggung dan membayar pengeluaran deposit itu bagi pihak Tabung Haji: https://www.facebook.com/mohdsyahir21/posts/10210585305926866?match=dGFidW5nIGhhamksc3lhaGlyLHRhYnVuZyxoYWpp
Di dalam penyata kewangan kerajaan persekutuan yang telah diaudit sendiri menyatakan bahawa deposit Tabung Haji dijamin oleh kerajaan persekutuan dan dikira sebagai liabiliti luar jangka di dalam akaun kerajaan.
Setakat 31 Disember 2015, kerajaan menjamin RM62.547 billion deposit Tabung Haji, dengan erti kata yang lain sekiranya tiba-tiba Tabung Haji rugi terlalu banyak dan tiba-tiba semua pendeposit mahu mengeluarkan wang mereka secara serentak dan Tabung Haji tak cukup duit untuk tampung pengeluaran tersebut, kerajaan akan menampung kekurangan tersebut.
Jadi saya harap tak ada lagi yang termakan hasutan Rafizi Ramli dan panik dengan terus mengeluarkan wang deposit mereka daripada Tabung Haji sehingga kehilangan giliran menunaikan haji dan hilang peluang untuk mendapat bonus dan bonus haji yang diumumkan Tabung Haji seperti yang berlaku tahun sebelum ini.
Jangan percaya bulat-bulat apa yang anda baca di dalam internet, tak kiralah daripada public figures atau dari siapa pun.






Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi jaminan simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin kerajaan.

 TH dalam satu kenyataan berkata, fokus TH adalah sentiasa memastikan pencapaian terbaik dalam pengurusan haji, perniagaan dan pelaburan mengikut prinsip-prinsip Islam demi kepentingan pendeposit.

 Katanya, organisasi itu menjalankan pelaburannya selaras dengan dasar Alokasi Aset Strategik dan dakwaan bahawa pendeposit akan mengalami risiko kehilangan wang simpanan mereka adalah tidak benar dan berunsur fitnah. "Kami amat kecewa atas serangan yang berterusan oleh sesetengah pihak yang sentiasa memberi penekanan negatif tentang organisasi ini.

"Kami berpendapat serangan-serangan ini adalah bermotifkan politik," kata TH. TH turut menyatakan subsidi haji dijangka meningkat kepada sekitar RM200 juta pada tahun ini. - BERNAMA -


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Oi pukimak... kalau tabung haji rugi senang2 ko cakap kerajaan akan tanggung??? ko x perasan ke semua bajet dah kene potong pukimak??? ko ni pukimak mak ko sundal... dasar pukimak la ko ni... nak bekup kerajaan pon agak2 la... mak ko sundal... tu pasal ko menda senang pon ko nak putar belit...

  2. Anonymous says:

    Moga Allah buka hatinya untuk bertaubat tetapi kalu mmg sifat dia yg nak menjahanamkan institusi yg menolong umat Islam utk.menunaikan ibadat haji dgn mudah tanpa byk masalah maka kita berdoa agar Allah melaknat dia didunia dan akhirat..jgnlah kacau tabung haji..

  3. kerajaan jamin dari duit sapa klau tak rakyat yg tanggung dol. dan bru ni ceo anak syarikat th kena tangkap apa hal

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.