..

..

RAFIZI TERUS SIRI PEMBOHONGAN MRT , LEBIH TERUK DARIPADA HANTU - @mpkotabelud

on Wednesday, January 11, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PASUKAN KOMUNIKASI STRATEGIK BARISAN NASIONAL
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
Selasa, 10 Januari 2017

1. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada wartawan Malaysiakini terdiri daripada Alyaa Azhar, Aidila Razak dan Nigel Aw yang membuat pengesahan fakta dalam persoalan mengenai projek MRT antara pihak kami dan Ahli Parlimen Pandan dari PKR, YB Rafizi Ramli.

2. Kami menggesa Malaysiakini dan pelbagai organisasi lain untuk meneruskan usaha seumpama ini iaitu membuat pengesahan fakta berikutan pihak pembangkang berterusan membuat pembohongan tanpa henti dalam usaha mereka menghasut rakyat demi kepentingan politik Pakatan.

Secara khusus, kami meminta Malaysiakini untuk turut membuat pemeriksaan fakta dalam persoalan yang diperkatakan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng mengenai lebihan bajet terkumpul kerajaan Pulau Pinang adalah berikutan penjualan tanah serta aset negeri adalah bagi menampung perbelanjaan pentabdbiran kerajaan Pulau Pinang yang meningkat sebanyak tiga kali ganda antara 2008 hingga 2015.

3. Pemeriksaan fakta oleh Malaysiakini turut mengesahkan apa yang diutarakan pihak kami terhadap pembohongan berterusan YB Rafizi melalui pelbagai kenyataan dan sidang media beliau. Antaranya ialah:

a. YB Rafizi secara jelas telah silap dengan mendakwa kos bagi MRT1 SBK ialah RM21 bilion bagi laluan sepanjang 21km walhal ia adalah bagi laluan 51km, lantas mendakwa kos bagi setiap kilometer adalah RM1 bilion. Ini jelas menunjukkan apa yang didakwa YB Rafizi terlebih kiraan iaitu sebanyak RM30 bilion.

b. YB Rafizi turut menggunakan satu projek terowong kosong di Barcelona dengan mendakwa ia adalah satu projek MRT lengkap dalam usahanya untuk membuat perbandingan seterusnya menuduh projek MRT Malaysia adalah lebih mahal daripada projek di Sepanyol itu.

c. YB Rafizi turut menggunakan maklumat daripada blog Wordpress tidak sahih menggunakan nama ‘Pedestrian Observation’ di mana ia telah dibuktikan silap. Memburukkan keadaan lagi, YB Rafizi turut menggunakan maklumat secara berpilih melalui dua contoh paling murah daripada 25 contoh projek MRT sebagai usahanya untuk menuduh kerajaan terlebih bayar.

Satu-satunya bahagian di mana Malaysiakini telah mempersoal kenyataan kami ialah apabila mereka tidak bersetuju dengan kos yang disebutkan kami bagi projek laluan MRT Seoul. Bagaimanapun, kos yang dinyatakan Malaysiakini juga berbeza daripada apa yang disebut YB Rafizi. Untuk ini, kami tinggalkan isu ini dahulu.

4. Sekali lagi, kami ucapkan terima kasih kepada Malaysiakini kerana melakukan pemeriksaan fakta bagi mengesahkan apa yang telah kami utarakan. Adalah mengejutkan dan memalukan apabila seorang Ahli Parlimen sanggup bertindak sedemikian untuk memperdaya dalam usahanya untuk menghasut masyarakat untuk membenci kerajaan.

Kami dapati YB Rafizi tidak pula memohon maaf atau mengakui kesilapannya bagi tuduhan tidak bersandarkan fakta ini. Apapun, kami tidak terlalu berharap beliau akan ‘jujur’ untuk berbuat demikian.

Beliau turut berulangkali menggelar kami ‘hantu’ tetapi Malaysiakini sudahpun menunjukkan YB Rafizi ini lebih teruk daripada hantu.

5. Maka tidak hairanlah apabila YB Rafizi telah kalah dalam lima kes mahkamah, di mana kebanyakkannya adalah berikutan fitnahnya sendiri. Selain lima kes termasuk fitnah yang dibuat terhadap NFC, beliau juga menghadapi saman malu daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tabung Haji dan Perdana Menteri.

6. Biarpun sudah didedahkan beberapa kali, YB Rafizi berterusan menuduh kos bagi projek MRT akan membebankan rakyat. Ini secara tidak langsung mendedahkan akal pendek YB Rafizi dan Pakatan.

7. Apa yang tidak disebut YB Rafizi ialah kos yang akan timbul jika MRT tidak dibina dan apabila dibina ia akan mempertingkatkan sistem pengangkutan awam dan memanfaatkan rakyat.

8. Berdasarkan kepada laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia oleh Bank Dunia pada 2015, ia menyebut:

a. Pengguna menghabiskan masa antara 270 hingga 500 juta jam manusia dalam kawasan Bandaraya Kuala Lumpur pada 2014.

b. Kereta dianggar menggunakan 1.2 bilion liter minyak tersangkut dalam kesesakan trafik, bermakna RM2.52 bilion wang rakyat terbuang setiap tahun dalam kesesakan jalanraya.

c. Masa dan minyak yang terbuang bagi setiap orang dalam bandaraya Kuala Lumpur dianggarkan sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun, lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan iaitu RM2,795

d. Jumlah kos bagi trafik di bandaraya Kuala Lumpur dianggarkan pada 1.1 peratus hingga 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014. Dalam konteks 2016 pula, ia bermakna ia satu kerugian tahunan antara RM13 bilion dan RM26 bilion kepada Malaysia.

9. Dalam kajian terkini dilaksanakan firma Frost & Sullivan mendapati 41 peratus rakyat Malaysia menganggap kesesakan trafik adalah punca kekecewaan mereka. Kos perjalanan kereta juga didapati mengaut 10 peratus daripada perbelanjaan isirumah, yang boleh dikurangkan jika menggunakan pengangkutan awam yang efisien.

10. Ini tidak termasuk kos alam sekitar yang ketara berikutan pembakaran petrol oleh kenderaan dan kos kesihatan kepada rakyat Malaysia yang terjejas ekoran tekanan akibat tersangkut dalam kesesakan jalanraya.

11. Disebalik pelaburan tinggi dalam pengangkutan awam, kerajaan akan memperoleh pelaburan ini daripada cukai jangka panjang melalui produktiviti yang lebih baik, nilai hartanah yang meningkat dan peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan yang menerima khidmat pengangkutan awam ini.
Selain itu, kerajaan juga akan dapat menjimatkan kos secara jangka panjang pada perbelanjaan alam sekitar dan kesihatan.

12. Projek pengangkutan awam yang efisien seperti MRT adalah satu pelaburan yang akan kekal berdekad lamanya yang akan mengembalikan semula kos itu kepada rakyat Malaysia melalui penjimatan masa untuk bergerak, pengurangan kos pengangkutan dan pemilikan kenderaan. Rakyat Malaysia juga akan menerima manfaatnya lantaran dapat mengurangkan tekanan akibat kesesakan jalanraya dan meningkatkan taraf kehidupan.

13. Kami juga terkejut kerana YB Rafizi tidak memiliki pandangan jauh dan pemikiran tidak strategic dan berterusan menggunakan isu ini biarpun mengetahui manfaat kepada kerajaan dan rakyat adalah melangkaui kos yang dibelanjakan, terutama apabila kos untuk projek MRT Malaysia ini tidak terlalu mahal.

14. Kerajaan telah menerima pelbagai pujian kerana berjaya menyiapkan satu projek pengangkutan awam yang begitu besar dalam tempoh masa dan bajet yang ditetapkan sejak 2010. Hanya ahli politik yang pentingkan diri sendiri dan pendek akal sahaja tidak akan nampak gambaran lebih besar atau manfaat kepada rakyat, dan bertambah buruk lagi, terus menggunakan penipuan untuk menyerang projek rakyat ini.
Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Putrajaya
10 Januari 2017


2 Responses

  1. Anonymous says:

    UMNO DAN ANJING BLOGGER UMNO teros siri pembohongan 1MDB dan tidak mahu mengaku Presidennya aka Lanun Bugis adalah penyamun Berbillion2 dolar dan bertaraf antarabangsa!!!

    Anak Haram!!!

  2. Anonymous says:

    Kalau setakat nak nafi.... budak sekolah tadika pun boleh buat.

    Tolong tunjuk fakta yang benar, kalau nak tunjuk fakta yang salah. Bukan setakat menafikan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.