..

..

PROJEK RM11.3 BILLION DITANGGUHKAN , ADAKAH PELABUR HILANG KEYAKINAN KEPADA KERAJAAN DAP ? @dzainalabidin

on Tuesday, January 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Apa sudah jadi Guan Eng dan kerajaan DAP ??  Sekutu mereka PPBM sibuk menghentam projek Forest City di Johor dengan pelbagai fitnah dan tuduhan jahat , tapi di negeri diperintah Pakatan Harapan  lagi memalukan berlaku  !

Bagaimana projek berbillion yang mendapat kerjasama kerajaan negeri terpaksa ditangguhkan ??

Adakah pelabur sudah tidak yakin lagi kepada kemampuan Guan Eng mentadbir negeri yang kini terpalit tuduhan kes mahkamah tentang rasuah banglo ? 

Bila pelabur banyak melabur  ke Johor , puak-puak Pakatan membuat fitnah bermacam-macam tapi sebenarnya isu ini lagi memalukan !! 





Kenyataan Media
Datuk Seri Zainal Abidin Osman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
Selasa, 24 Januari 2017
1. Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh The Edge Markets, “ Penang property projects worth RM11.3b on hold ” (http://www.theedgemarkets.com/…/penang-property-projects-wo…) berhubung penangguhan projek Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) dan Penang International Technology Park (PITP) dengan jumlah GDV RM11.3 billion.

2. Menurut laporan artikel berkenaan projek ini ditangguhkan untuk satu tempoh yang tidak dapat dinyatakan dengan alasan kekurangan permintaan untuk "high quality condominium".

3. Pertama, alasan yang diberikan agak menghairankan kerana projek BPO dan PITP ini sepatutnya dibangunkan dengan tujuan utama sebagai hub perniagaan untuk “business outsourcing” dan bukannya satu projek pembinaan perumahan atau condominium mewah.

4. Kedua, cadangan pembangunan BPO Prime dan PITP mensasarkan pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur di Pulau Pinang dan BPO Prime dan PITP dirancang untuk memberi kemudahan kepada mereka untuk “work, live and play” di situ. Permintaan tempatan untuk “kondo mewah” seharusnya tidak memberi kesan kepada projek ini kerana sasaran kelompok pembeli-pembeli yang berbeza.

5. Pada 2014, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Temasek Holding Pvt Ltd menandatangani Perjanjian Persefahaman untuk membangunkan BPO dan PITP ini di mana Economic Development Innovations Singapore Pte Ltd (EDIS) akan bertindak sebagai pengurusan utama projek. Semasa majlis menandatangani perjanjian persefahaman tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang telah dilaporkan berkata BPO Prime adalah projek kepentingan tinggi dan adalah sebahagian pelan Kerajaan Negeri untuk merubah Pulau Pinang kepada hub “outsourcing” antarabangsa; dan Kerajaan Pulau Pinang berharap untuk menarik lebih banyak pelabur-pelabur antarabangsa ke Pulau Pinang.

6. Penangguhan perlaksanaan projek tersebut untuk satu tempoh masa yang tidak ditentukan atau “postponed indefinitely” boleh juga dianggap sebagai membatalkan hasrat untuk meneruskan projek. Pengunduran atau penarikan diri Temasek Holdings, sebuah syarikat pelaburan dari Singapura dari meneruskan pelaburan di Pulau Pinang merupakan tamparan hebat kepada Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

7. Justeru itu, saya meminta pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan samada penangguhan ini berlaku kerana terdapatnya bekalan berlebihan (over-supply) unit-unit perumahan mewah di Pulau Pinang ataupun kerana pelabur-pelabur sudah hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan mereka di Pulau Pinang ataupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal untuk menarik pelabur-pelabur antarabangsa untuk membuat pelaburan di Pulau Pinang?

Terima kasih


One Response

  1. Anonymous says:

    org buat projek mega dia pun nak buat jugak ttp pengalaman tak da.. tu lah ingat senang ke nak jd pemerintah ni.. setakat tabur fitnah mmg la senang cuba bg memerintah haru biru di buatnya.. masa jd pembangkang sembang berapi konon dia lah lbh pandai rupa2nya hampeh...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.