..

..

PRK TANJUNG DATU : PKR TAK LETAK CALON , BN BAKAL MENANG TANPA BERTANDING ?

on Thursday, January 26, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tindakan PKR  tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu pastinya  menjadikan BN akan mengekalkan status quo dengan menang tanpa bertanding .

 Menurut Pengerusi PKR negeri, Baru Bian, keputusan tersebut dibuat sebagai satu pengiktirafan kepada pendirian dan polisi yang dilaksanakan bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

Katanya, dia (Adenan) menghidupkan semula harapan dalam kalangan rakyat Sarawak selepas memegang jawatan sebagai Ketua Menteri. 

 “Semua keputusan dan polisi dilaksanakan beliau konsisten dengan visi, aspirasi dan impian kita khususnya selari Deklarasi Kuching pada 2012. 

“Oleh itu, kita memutuskan sebulat suara bahawa tidak akan bertanding dalam PRK itu nanti,” katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR negeri hari ini. 


Sebenarnya PKR Sarawak  mungkin  melihat PRK Tanjung Datu tidak memberi faedah kepada mereka untuk  bertanding memandangkan PRU14  semakin hampir  . Lebih baik ditumpukan untuk persediaan PRU14 .

Untuk rekod PRK  yang telah  diadakan ialah  tahun lepas dimenangi BN di PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar  .



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.