..

..

PENDEDAHAN MURAD KHALID KERUGIAN SKANDAL FOREX , KERAJAAN BAKAL SIASAT

on Saturday, January 28, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Kerajaan memandang serius pendedahan kerugian sebanyak AS$10 bilion (RM44 bilion) yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang tahun 1991 hingga 1993. 

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehubungan itu, kerajaan akan mendapatkan pandangan dan ulasan BNM serta pihak lain sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu. 

“Satu pengakuan yang kita mesti pandang serius. 

Bagaimanapun, saya dan anggota kerajaan perlu mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Bank Negara dan pihak lain sebelum Kabinet membuat keputusan dalam perkara tersebut,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. 

 Semalam, bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid berkata, BNM menca­tatkan kerugian sebanyak AS$10 bi­lion (RM44 bilion) melalui ke­giatan perdagangan mata wang sepanjang 1991 hingga 1993, jauh lebih besar daripada jumlah yang dilaporkan bank pusat tersebut. Abdul Murad berkata, Laporan Tahunan BNM pada 1994 hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM9 bilion sahaja akibat kegiatan itu, sedangkan angka sebenar adalah jauh le­bih besar. 

Isu kerugian yang dialami BNM akibat kegiatan perdaga­ngan mata wang itu pernah menggemparkan negara pada 1994 namun tiada tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat. 

Pada masa itu, pelbagai pihak termasuk bekas Menteri Kewang­an, Tun Daim Zainuddin mempersoalkan mengapa BNM dilibatkan dalam kegiatan spekulasi mata wang yang beri­siko tinggi untuk mengalami kerugian. 

Walau bagai­manapun, pada 3 April 1994, Tun Dr. Mahathir Mo­hamad yang merupakan Perdana Menteri ketika itu dilaporkan berkata, ke­rugian sebanyak RM5.7 bilion yang dialami oleh BNM dalam transaksi perdaga­ngan wang asing pada 1993 tidak menjejaskan kedudukan kewangan negara. -


5 Responses

  1. Anonymous says:

    lama dah..1mdb tak nak teruskan siasatan ke?

  2. Anonymous says:

    kes bmf,forex dan tak lama lagi perwaja steel..apa pun tak ada bukti ada penyelewangan, apa lagi masuk ke akaun peribadi..kes bmf, ada yg kena tangkap tapi kes 1mdb yg byk bukti dan mencurigakan langsung tiada tindakan lanjut. Tiada seorang pun kena tangkap atau disiasat..tapi di ,Spura ada yg dibicarakan dan didakwa dan menunjukkan penglibatan Jhlow dan transaksi masuk ke akaun Najib. Kerajaan disini hanya senyap & bisu seribu bahasa,langsung tak keluar di tv3 suku...

  3. Anonymous says:

    Nampaknya semua PM msia kurap...Tun kena siasat setelah letak jawatan....Najib kena siasat lepas letak jawatan juga ke?..kalau jawatan dibawa ke lubang kubor mcmana nak buktikan dia ada salah....

  4. Anonymous says:

    2x5 le dgn isu 2.6b
    2.6b tu kerajaan xnak siasat ke?

  5. Anonymous says:

    Apasal nak siasat kat BANK NEGARA..????
    Tukang jual beli FOREX yang menyebabkan
    kerugian 10 billion tu ADA DALAM KABINET
    NAJIB. Panggil je NOOR YAKOP - dia yang
    jual beli forex.
    Menteri Kewangan nya pun ada dalam Sg. Buluh.
    Apasal gi tanya Dato Murad yang ada duit
    rm24 juta dalam akaunnya dan terlibat dalam
    pasaran gelap saham...??
    Semua yang terlibat masih hidup.
    Panvggil je semuanya.
    Tapi, jangan lupa dedahkan skandel 1MDB dulu.
    Nanti 20 tahun akan datang baru nak siasat,'
    dah tak guna. SI KLEPT yang jadi pen curinya
    dah mampos.

    cikminah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.